Tuesday, October 28, 2014

Matahari Bangkit di Sebelah Barat



Assalam

Tiba tiba terbangun di pagi itu, tahu tahu matahari sudah terik bangkit dari arah barat.  Peritnya kulit tubuhku digigit sinar mentari ini.  Aku ingin berlari pulang memberitahu ibuku tentang mentari yg bangkit dari arah barat.

Tapi bukankah aku sememangnya sedang tidur di rumah sendiri tadi.  Bangkit ke mana lagi.? Entah, tidak ku fahami.

Aku nampak sekumpulan wanita tertawa tawa, terbahak-bahak menonton lawak seorang artis Maharajalawak Mega.  Lawak yang mega mega itu.  Semua wanita tertawa tawa.  Sedang aku sendiri tidak memahami apakah yang lucu untuk ditertawakan oleh sekumpulan wanita itu.

Aku berlari pulang ke rumah.  Mentari terik di ubun ubun kepala menggigit pedih kulit tubuhku, kulit pipiku terasa perit.

Tetapi, mengapa sekitar laman rumahku seperti baru dilanda tsunami yang dahsyat.  Aku melihat beberapa mayat seperti mayat tentera tentera Mat Salleh kembong timbul di longkang longkang sekitar rumah ku.  Kenapa ni.?  Bukankah mentari bangkit dari sebelah barat.? Bukankah panas terik itu sepatutnya berlaku kemarau.  Mengapa pula banjir tsunami sehingga mayat mayat orang putih bergelimpangan timbul di longkang rumah ku.???  Pelik? Hairan?

Ibu. Ibu. Cepat! Kita berpindah dari sini. Kita pergi dari sini. Aku seperti melaung laungkan ibu ku supaya keluar meninggalkan rumah yang dikelilingi banjir dan puin puin kemusnahan tsunami.

Tiba tiba terdengar satu suara persis suara ibuku (arwah).  "Ibu , tidak tinggal di rumah ini lagi.  Ibu tinggal di rumah lain. Hah!!!!  Aku hairan. Aku terkejut.  Ibu tidak tinggal lagi bersama ku.???

Huiishh!  Aku terus terjaga dari tidurku yang gelisah.  Mimpi rupanya. Astagfirullahil aziiim... Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.


sumber dari Sabahdaily


Salam beramal.



2 comments:

Bunda a.k.a KN said...

Assalamualaikum....salam ukhuwah dari bunda...

Bunda a.k.a KN said...

Tersentak membaca kisah mimpi ini...terasa ngeri dan cemas juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...