Wednesday, October 29, 2014

Ketemu Abangku

Assalamualaikum

Hari tu aku teringin sekali menjengah seorang kenalan lamaku di suatu daerah.  Aku tiba di rumah nyer entah di kala petang atau senja yang menjelang. 

Wah, rumahnyer hebat. Besar. Luas amat.  Hairannya daku kerana di luar rumahnya ada kolam atau tasek buatan.  Permukaan kolamnyer penuh di tumbuhi seaweeds atau rumpai air yang sangat banyak sehingga sukar untuk melihat ke dasar kolam atau taseknya yang kelabu.  Aku tidak pasti samada itu kolam buatan atau sememang sedia ada di pinggir rumahnya.  Detik hati k berkata, semakin hebat temanku ini. Semakin hebat kehidupan mewahnya.

Tiba tiba aku melihat kelibat abang kandungku bersedia dengan aksi terjun ke dalam kolam itu. Haih? macam mana abang ku boleh berada di situ pada waktu itu?  Adakah dia mengenali juga sahabatku ini? Hmmm.... Pelik?

Aku bernostalgia seketika.  Ke mana pergi kalau berkelah, bercanda di tepian pantai, di Port Dickson atau di Ulu Yam atau di Kuala Kubu bercanda dengan air terjun semestinya dengan abang kandungku yang hensem ini bersama keluarganya.  Kakak iparku akan masakkan lauk asam pedas ikan merah dengan kacang bendi.  Sambal belacan, sayur campur dan ulam ulaman.  Kami makan nasi panas2 di perkelahan itu.  Indahnya memori itu.

Daku melihat abangku terjun ke dalam air kolam itu.  Sayangnyer airnya agak kelabu dan tidak jernih. Aku tidak pasti ke arah mana dan ke mana atau timbulkah abang ku itu selepas terjunannya itu.  Sememangnya aku sangat merindui abang kandung ku yang sangat sporting lagi hensem ini.  Abangku telah 8 tahun arwah.  Rindunya aku pada dia.  Tanpa bicara, aku hanya nampak gayanya terjun ke dalam kolam itu.  Semua itu hanya mimpi ku kelmarin.

Alfatihah.......

2 comments:

Pn Kartini said...

Al-fatihah...
Moga roh arwah abang mamawana tergolong di kalangan mereka yang beriman....amin...




..Pasti rindu itu sentiasa ada...

cikceriacorner said...

al fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...