Tuesday, October 14, 2014

Haji Yang Terabai



https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfa1/v/t1.0-9/10704124_976903269002974_7378432596120801602_n.jpg?oh=b6e72d7727f111bfb868180968839826&oe=54BFBED8&__gda__=1421350638_1b3e43082fd8e2f73d66573ab23bcd89


Rahsia Haji Yang Terabai.Memahami rahsia dan hikmah ibadat haji adalah merupakan manfaat yang besar dan sangat tinggi nilainya. Allah swt telah mendahulukan sebutan menyaksikan manfaat bagi orang yang mengerjakan haji sebelum menyebut nama Allah swt sebagaimana dalam firman Nya:
لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
Maksudnya: “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan Nya kepada mereka dengan bintang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (Surat al-Haj: Ayat 28)
Apabila manusia jahil atau tidak mengetahui hikmah rahsia satu amalan yang besar ia akan menyebabkan amalan itu dipandang kecil kerana mereka akan menunaikan tanpa ruh dan melakukan tidak mengikut kehendak Allah yang mensyariatkan amalan tersebut. Maka apabila manusia meninggalkannya tiadalah mereka mendapat faedah dari ibadat tersebut kecuali sangat sedikit.
Kesan daripada itu, sebagaian besar dari jemaah haji yang balik dari menunaikan haji hanya membawa riwayat-riwayat cerita sahaja tetapi tidak membawa kesan dari haji yang dilaksanakan. Contohnya dalam penjagaan solat, menutup aurat, meninggalkan riba dan rasuah dan lain-lain pelanggaran arahan Syara’.
Bagi penduduk makkah pula, sebahagian mereka menganggap ahli jemaah haji yang datang hanyalah rezeki semata-mata daripada Allah dan dengan itu menyebabkan sebahagian penduduk Makkah merasakan jemaah haji yang datang ini tidak perlu diberi layanan istimewa menjadi tetamu Allah. Maka bumi yang berkat ini menjadi seakan-akan bumi perniagaan semata tanpa ruh ibadat haji yang sebenar.
Makkah. Al-Misfalah, 29/11/1434H – 05-10-2013.
 Muhasabah Diri

Terabaikah Haji ku yang lalu.?
Istiqamah kah daku?
Bertambahkah juzuk demi juzuk dlm dadaku?
Bertambahkah sedekah jariah ku?
Seringgit, dua ringgit, sepuloh, dua puluh 
Seratus, dua ratus ringgit..
Berkirakah... Bertambahkah?
Atau sekadar .....
Usah menjadi Haji yang terabai
Usang sedebu AlQuran atas rak tepi tiang
Istiqamah membilang waktu
Mengumpul bekal amal
Sebelum digamit kembali
Renung Renung
Salam dan selawat kasih buat Junjungan Nabi s.a.w.











3 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Thanks atas perkongsian info Mama.
Doakan la moga satu hari sy dpt hj yg mabrur.

Tihara said...

saya suka baca entry ni
meremang rasa,
moga Allah jemput saya yang kerdil ini untuk menunaikan haji..
doakan saya, insha Allah

Samsudin bin Mohd Arshad said...

Dgn smartphone, jemaah seronok posing sana sini. Harap2 tak tergelincir niat dan tujuan ke Tanah Suci. Wallahuaklam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...