Saturday, October 18, 2014

Cerita Dua Orang Budak

Assalamualaikum


Al Kesah dua orang budak 
Seorang perempuan sorang  lelaki
Sepasanglah senang cakap
Yang ketiga keempat hilang ditelan takdir


 Jantung hati, gula hati, buah hati dan segala cerita hati tersimpul
 dalam dalam di sudut hati

 Suka duka, airmata
Bukan senang nak senang
Bukan susah nak susah
Alah, baru dua ketoi kata orang
Aku lagi ramai, 5, 6, 8 orang yang perlu disuap ke mulut
Sakit pedih melahirkan, Membesarkan
Mendidik kalian
Menyebut Allah, melafaz Bismillah
Beratur, bersusun, berdiri dalam saf demi saf
Dalam jemaah waktu dan Qiamullail
Dari mesjid ke mesjid
Menjadi pendinding api neraka ku


 Ke hutan belantara ku heret

Terbang di awan gemawan

Terus ku heret kalian ke merata tujuan
 Hidup mesti ceria
Bersyukurlah kalian mengakui bahagia
Di sisi mama yang serba tak berada
Yang hanya kaya kasih mendalam di jiwa

Terus mewarisi darah seni yang mengalir
Fine Art dan Creative
Diploma dan Degree
Karya kakak Si Wana 

Click to watch

 http://www.youtube.com/watch?v=lB7dwkOb6vw

 Cerita pendek
Jemput nonton

http://www.youtube.com/watch?v=dA4HtUDU384  ( Kari Ayam Semester 5 - 2013)

http://www.youtube.com/watch?v=kYqr9wQvskw  (Bujang Lapok – Menceceh 2014)






Karya adik mesra di panggil Shang oleh teman teman

Pilihlah apa sahaja
Minat, arah tujuan
Andai di satu hari kalian terjaga
Dari sebuah mimpi panjang
Usah di lupakan
Kita pernah berpimpin tangan
Dari surau ke surau
Dari mesjid ke mesjid
Dalam sebuah kehidupan.

7 comments:

Tihara said...

alhamdulillah, sekarang dah besar-besar
berkat hasil didikan seorang ibu yang dikasihi :)

Kakzakie said...

Begitulah perjalanan hidup menjadi mama. Anak dari kecil ditatang, dipegang, diheret kemana pun pergi. Didikan cantik maka cantiklah hasilnya

Alhamdulillah moga terus menjadi anak soleh/solehah mampu pula menatang mama, memegang dan mengheret walau ke mana seperti mama lakukan sebelum ini..

Khai♥Rin : anies said...

sekejap je dah bsr kn..

paridah said...

assalamualaikum...cantiknya lukisan anak2 yg dikasehi...

tiga lalat said...

Salam jumaat. Hee karya seni yang baik.

umi alya said...

Cantiknya lukisan2 tu..

Hana Syed said...

sebak pula baca entry ini. Sebak kerana anak2 boleh membaca luahan hati ibu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...