Monday, October 13, 2014

Bila Berjiran

Assalamualaikum

Salam kasih untuk semua. Teristimewa Salam kasih dan selawat  utk junjungan kita Rasul s.a.w.

Kali ini mama nak kongsi aktiviti bersama jiran tetangga minggu lepas.  Yuk layan foto2:


Jiran I : Rakan Mesjid
Walimatul urus anak jiran jua rakan mesjid dan tadarus lalu.


Selamat pengantin baru semoga mahligai rumahtangga diberkati dan dirahmati

 Walimatul urus Jiran ke II, juga rakan Mesjid, rumah selang beberapa pintu.
Tahniah pada kedua jiranku kerana menyambut menantu. 

 Pengantin entah ke mana omak eh posing dulu... heeeee

Sedikit perkongsian tentang Adab Berjiran:


Muslim yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa menghormati dan menimbulkan perasaan ihsan apabila berinterasi sesama jiran. 

Imam Al-Ghazali juga telah turut menyenaraikan hak-hak seseorang muslim terhadap jirannya untuk kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna sebagai panduan bersama ketika berinteraksi dengan jiran tetangga iaitu:

§  Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali bertemu
§  Jangan terlalu banyak bertanya kepadanya tentang keadaannya sehari-hari
§  Menziarahi dirinya atau kaum keluarganya apabila sakit ataupun ditimpa musibah
§  Tunjukkan bahawa kita turut berdukacita dan bersimpati jika mereka ditimpa musibah dan bersegera memberikan pertolongan jika perlu sekalipun tanpa diminta
§  Menyatakan perasaan gembira apabila mereka memperoleh kesenangan atau kurniaan Allah SWT
§  Ampunilah segala kesalahan-kesalahan atau keburukkannya, baik dengan apa-apa cara sekalipun
§  Jangan membuat sesuatu yang tidak menyenangkan jiran kita umpamanya meletakkan batang kayu di dinding rumahnya
§  Jangan menyempitkan jalan menuju ke rumahnya
§  Jangan mengintai-ngintai apa yang dibawa olehnya ke dalam rumahnya
§  Tutuplah kecacatan atau kekurangan yang nampak di matamu dan jangan hebohkan kepada sesiapapun
§  Berikanlah dia semangat untuk terus berusaha menghadapi kesukaran apabila kesukaran menimpanya
§  Jangan lalai menjaga rumahnya pada waktu dia tiada atau sedang bermusafir
§  Jangan mendengar kata-kata orang lain yang mengeji dirinya, yang berupa umpatan atau berita-berita yang tidak menyenangkan
§  Tundukkan matamu sewaktu melihat isteri/suaminya
§  Jangan selalu memandang hamba/pembantu rumahnya
§  Bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya baik dalam percakapan atau lain-lain
§  Tunjukkan sesuatu yang tidak diketahui oleh saudaranya, baik yang dalam urusan keduniaan atau keakhiratan.

Petikan dari  blog link sini  

Semoga bermenafaat.

3 comments:

faraherda.razalan said...

Suka klu jiran2 yg ada di sekeliling rumah tu, positif je. Klu yg negatif, mulut manusia biasa mcm sy ni mst ade je nak terkeluar tu terkeluar ni. Tampar diri sendiri. Dushh!

che mid said...

Alhamdulillah, dapat jiran yang baik-baik dan ngam dengan kita. Itu juga salah satu rezeki Allah..

Tihara said...

seronok hidup berjiran ni
kalau semua jiran jenis yang memahami satu sama lain :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...