Tuesday, September 16, 2014

D Congkak

Assalamualaikum

Layan bermain air di Sg Congkak 16 September 2014.  Aktiviti yg tidak dirancang lebih awal.  Jalan masuk ke Sg Congkak sesak dgn kenderaan, trafik jem menuju Sg Congkak. Keluar rumah jam 10.30 pagi sampai di parkir yang amat susah banget, semua sudut semak,, bawah pokok tepi jalan laluan penuh kereta. Jam 1.15 tengahari baru dpt bentang tikar atas rumput tepi jalan berhampiran anak sg itu. Kepala pun pusing gara2 jalan sesak, sampai ke hujung dunia, laluan yg sempit dan terpaksa U Turn keluar semula utk cari parkir oh parkir.

Siapa yang ada tanah kebun di area Sg Congkak ni boleh kayo buek duit part time Sabtu,Ahad dan hari cuti cuti umum begini. Pengunjung punyalah ramai. Kereta besar menjalar yang biasa hari hari mandi kat swimming pool pun boleh berhimpit2 dengan kereta marhaen kami nih.  








Kenyang pewot suka hati dengan sandwich, nasi putih berlauk gulai kari daging, (spagetti versi ku juga kari sardin bekalan yg sempat ku sediakan seawal 5.30 subuh tadi.) Yang lain kekandaku yang sediakan.


Saya share juga gambar yg cantik2 di Sg Congkak dari blogger ini Rashdan Topa semasa blog walking tadi.


Rindu aktiviti berkelah begini. Lain kali nak ajak jiran2 berkonvoi sini laa, sedara mara atau sesiapa saja yg sudi mai sama..  Dapat mengiratkan silaturrahim.  Demer semua terojun ke ayor, kemer idok sebab rasa leceh nak salin2 pakaian basah nanti. Jamu mata ajerlah. Perut pun dah kenyang. Bye bye Sg Congkak. Lain kali kami bertamu lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...