Saturday, September 20, 2014

Cerita Minum Minum


Assalamualaikum

Citer apa entri ini? 

Kisah Minum-minum




Klik sini  Minuman berkabonat Coca Cola, Sprite, dan yang sewaktu dengannya... sangat sangat menjejaskan kesihatan. Please stop  drinking it. Bagai nyalaan dan baraan api membunuh dalam salur hidup diri kamu. Mama dah berhenti minuman ni semua sejak berpuluh tahun lalu. Anak-anak mama pun terdidik minum perahan jus buah buahan segar dan air mineral kalu berada di luar rumah.




Klik sini   Air Zam Zam yang jelita . Mukjizat dari Allah swt. 




Air Yaasin dan Tahlil sememang menjadi minuman harian dan amalan mamawana untuk beri anak minum.  Sejak kecil, sejak baby lagi, dari sekolah rendah dan menengah air masak ker, air mineral ker mesti mamawana campurkan dengan air bacaan juzuk2 Al Quran ini. Air Zam Zam memang favourite. Bayi baru lahir pun suka minum air zam-zam berbanding air masak. Tak caya?   Alhamdulillah. Allah permudahkan mama menasihati dan membimbing anak-anak.  Anak anak lembut hati dan mendengar nasihat.  Alhamdulillah. Subhanallah.



KopiMin Revell



Pengalaman 1

Mamawana suka Kopimin Revell yang berkhasiat memberi tenaga. Klik sini entri.  Bukan 10 tahun dah berbelas tahun minum Kopimin Revell ini. Hihihi.... Selepas kahwin dah dapat anak pun sambung belajar. Buat assignment, thesis ka berjaga malam bertenaga buat thesis selepas mengambil Kopimin Revell ini. Insya allah berjaga malam you.  Anak mama Wana wat Diploma sambung Degree lagi sentiasa memerlukan minuman Kopimin Revell ni masa stress buat assginment. Hohoho.  Memang bagi stok selalu pada anak2.  Siapa2 berminat boleh ajer gi mana2 stokis Revell HQ dan guna ID KUL 720615. Nak jadi downline mama pun sangat di alu alukan. PM me. No problem.. Sekadar berkongsi.

Pengalaman 2

Nak kongsi sedikit cerita beberapa bulan lalu sebelum Ramadhan, anak jiran mama masuk wad kena denggi. Menangis2 jiran mama ni dok pi cari  sana sini susu kambing sebab katanya banyak orang nasihatkan minum susu kambing boleh redakan denggi. Boleh pulak area kejiranan kami ni takda sorang pun yang ada susu kambing. Di kedai runcit tiada, di gerai kopi tepi jalan tiada. Mama teringat kat rumah ada tablet Goats Milk. Dengan rendah diri mama bagitahu datanglah ke rumah boleh ambil tablets susu kambing tu untuk anak. Insya allah, kita berusaha mencuba. Hari tuu juga, petang itu juga dia terus mai rumah mama. So, mama bagilah 5-6 biji kalu tak silap untuk anaknya. Nak dihulur RM. Mama kata tak payah bayarlah. Allah, tak berkira pun. Ambil ajer. Mama memang galakkan anak2 minum susu kambing atau goats tablet ni.  Dua tiga hari kemudian, Allah.... jiran saya datang jumpa mengucap syukur siap bawa anak kecilnya yg sudah sembuh denggi tu berusia lingkungan 9 tahun. Terdengar jiran mama memberitahu anaknya. 

"Haaa, acik ni lah yang bagi tablet susu kambing tu. Salam acik." Salam bersambut dengan ciuman tangan dari putranya.  

"Kak, terima kasih kaaakkk. Terima kasih banyak-banyak" berulangkali dia mengucapkan  terimakasih pada mamawana. Gembira mama melihat anaknya sembuh dan sihat.  Alhamdulillah syukur.  Hidup berjiran, anak jiran jatuh sakit , sayu sedih bagai anak sendiri yang jatuh sakit jua.

Pengalaman 3

Pengalaman mama sendiri. Teringat anak bujang mama pernah kena demam denggi. Panas keseluruhan badannya. Waktu dia kena duduki UPSRA. Muka merah...perlahan2 bintik muncul kat kulit, lemah longlai then seperti beransur2 lumpuh seluruh badanya terkulai. Kencing berak, cirit birit bersambung-sambung semasa di ICU. Abang jururawatlah yang sentiasa ada membersihkan anakandaku. Huhuhu.... Scan kepala walau tak sakit rasanya tapi terdengar jeritannya menahan sakit.  Allah!. Allah!. Bercucuran airmata mama selama beberapa hari anakanda masuk ICU di Pusat rawatan Islam, KL.

Setiap hari di sisi anakanda. Ustaz-ustaz, guru sekolah KAFA, jiran datang menziarah. Rasa nak pecah sebak dada ni. 

Seolah2 berkata, membisik "Ya Allah, tukar gantilah kesakitan ini kepada ku. Biar aku yang pikul penderitaan dan dugaan ini. " 

Alhamdulillah. Sungguh Allah menunjukkan kebesaran dan kekuasaaNYA. Anakanda sembuh seperti sediakala walau mengambil masa sebulan lebih untuk pulih berdiri, berjalan seperti biasa. Alhamdulillah. Dan kebesaran Allah swt juga menunjukkan jalan, arah dan bimbingan untuk kehidupan mama seterusnya.  Anakanda semakin dewasa, ceria dan kalu ada di sisi mama, anakanda inilah yang jadi Supir/driver mama ke sana ke sini. Anakanda sibuk di UITM, Lendu, so pendek lah langkah nak ke sana ke mari.

Apa yang kita makan, apa yang kita minum, pilihlah yang Hahalan Thoiyibah. sayangilah diri anda. Cintailah organ dalaman anda. Hihihi.... Yang baik dari Allah swt, yg lemah dari ku.  Syukran.  Ma assalamah.

















6 comments:

❤Kamsiah❤ said...

air bergas..jenama apa pun mmg sanagt2 tak elok utk kesihatan..

kakyon said...

KY pun dah lama tak minum air bergas..tambahan pulak dah ada km..huhu

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Alhamdulillah dorang sembuh dari denggi. Ada yg kata makan sup ketam pun antara penyembuhnya ye?.

Liza Razak said...

saya pun sejak dah makin berumur ni, dah kurang minum air bergas..memang tak elok untuk kesihatan.

Syira Shahar said...

Teringat kisah air gas ni (ada saya cerita dalam entri saya) ayh saya sampai bernanah kakinya & detected kencing manis.. Warded & operate buang nanah .. Sebulan juga terlantar
Sejak dari tu insaf tak minum dah ..
Tentang denggi tu adik baru shj discaj .. Denggi juga platlet dari hari ke hari drop
Ikhtiar mcm-mcm mkn sup ketam.. Minum air rebusan betik .. Minum air jambu merah .. Minum performance drink alhamdulillah platlet ok .. Teruk juga kesian lihatnya

Oh ya yg sis ckp tablet susu kambing tu dimana lg mudah dpt? Kalau di area cheras selangor? Ada?

Blogger said...

Do you love Coke or Pepsi?
SUBMIT YOUR ANSWER and you could win a prepaid VISA gift card!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...