Thursday, August 7, 2014

Raya Idilfitri 2014

Assalamu alaikum

Mohon mengambil kesempatan yg terlewat ini utk mamawana  mengucapkan Salam Syawal 2014.  Walau tidak segempak Idilfitri di tahun tahun lalu namun kesyahduannya tetap ada keindahan yang tersembunyi. Biarlah duka bersembunyi disebalik  jendela hati. 

Jauh dilubuk rasa masih berduka tentang MH370. Ditambah lagi dengan tragedi MH17. Dan pilu lagi dengan tangis sendu Gaza yang dilunyaikan oleh zionist laknatullah.

Ramadhan yang lalu sesekali mata berkaca ketika doa Qunut dibaca oleh Imam jemputan Palestine.  Alhamdulillah sempat juga daku bersama mereka dlm saf saf tarawikh yang mungkin akan ku temui lagi atau tidak di tahun tahun mendatang.  Insya allah.

Idilfitri sekadar utk diraikan bersama anak-anak. Menceriakan  mereka dengan sambutan ala kadar. Sedikit juadah lemang dan ketupat Nona berserta rendang ayam utk santapan di malam dan pagi Syawal.

Terima kasih buat teman-teman yang sudi mengirim sms, wassap ucap selamat hari raya, maaf zahir dan batin.  Terima kasih buat  teman yg baik hati yg sudi menceriakan idilfitri kami sekeluarga. Mama dah lama yatim piatu.

Hari pertama sessi bergambar secara tertutup. heeeeee.....

 Hari ke 2 bersantai di Laman Seni Sek. 7 Shah Alam.



Sempat berderoyan sebelum anak-anak balik kampung.


Foto yg menjentik duka, hiba, pilu, tangis, sendu, sebak 



Apa apa pun  Alhamdulillah hirobbil alamin.  Salam Idilfitri.
Insya allah ada follow up yg lain selepas ini.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...