Tuesday, July 29, 2014

Idilfitri Musim Bebudak Minta Sedekahkah?

Assalamualaikum

Tajuk agak mengecilkan hati sanubari yg biasa mempraktikkan aktiviti itu sedari kecil. Dan kemudian diwarisi anak-anak sendiri. Maafkanlah.  Maafkanlah duhai teman.

Kalu saya No Problem. Andai mereka datang beraya di rumah saya, tapi tidak mahu makan dan minum, tidak juga diketahui atau dikenali anak sesiapa gerangankah yg datang bertamu itu....

Sebelum pulang dan sebelum bagi duit raya yg diharap-harapkan, seorang semi seorang kena baca alfatihah dahulu. Dan surah2 lazim surah2 pilihan yang pendek samada 3 Qul, Al Massad, An Nasyr, Al Kauthar dan lain lain.  Nasib lah dapat terkena bahagian masing2. Kemudian kena interview ... kat rumah biasa solat dengan siapa? Kalu tak reti baca Al Fatihah sah sah tak solat kut.  Yang datang bertamu itu bukan bebudak umur 4, 5 atau 6 tahun tapi budak sekolah rendah bawah usia 12 tahun.  Mestilah dah pandai mengajikan kan... kan....



Maafkanlah.  Mengembirakan kanak2 itu satu amalan mulia. Anak-anak kecil juga jenerasi mendatang yang cintakan Al Quran itu patut disemai sejak kecil lagi.  Matinya bersama juzuk-juzuk AlQuran didalam dada mereka. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...