Wednesday, July 23, 2014

Doa untuk Palestina, Gaza & Semua Kaum Muslimin









Assalamualaikum

Salam penuh pilu
Mengenang nasib saudara semuslim
Di benua sana
Yang diarah kosongkan rumah
kerana disyaki ada pengganas, pengintip, terrorist
Ke mana hendak lari bersembunyi
Apabila sudah lama perancangan Sang Kuffar 
Yang dilaknati Allah swt
Mengepung mereka
Larilah ke mana jua
Mungkin, pasti akan di tembak, dibom
Ditikam, diseksa, dirobek daging2 berkecai
Berkolam darah
Tiada daya dan upaya hanya dgn izin kekuatan Mu 
Aku tak mampu berbuat apa2 di kejauhan ini
Sekadar menitiskan airmata dlm doa demi doa
Sepanjang Ramadhan ini Ya Rahman Ya Rahim
berilah kemenangan kepada hamba2Mu
Yang solleh, yang ikhlas berjuang
Sebuah daerah kecil
Yang kaum lelakinya telah lama ditangkap, 
dikurung disiksa yang tinggal hanya
Wanita, orang-orang tua dan kanak-kanak yang tidak berdosa
Bangsa Yang terpilih sebagaimana janjiMu dlm AlQuran
Aku yang tidak sabar-sabar mahu melihat kemenangan itu
kerana tidak sanggup melihat derita pilu
wajah-wajah syurga tersenyum kaku
Mereka dikepung dan akan dimatikan
Oleh niat jahat zionis
Dalam pilu aku juga menanti mati



"Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
turunkan para Malaikatmu untuk membantu para Mujahidin di Gaza dan Seluruh Palestina,
sebagaimana telah kau turunkan ribuan Malaikat di Badar, di Khandaq dan di Tabuk.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
ringankanlah penderitaan saudara-saudara kami di Gaza,
kuatkanlah terus generasi baru dari antara anak-anak mereka,
menjadi generasi yang akan membawa kami pada kejayaan Islam lewat Jihad fii Sabiilillah.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
janganlah Kau biarkan kami termasuk orang-orang yang berpangku tangan melihat kezaliman atas saudara-saudara kami.  Doa Qunut nazilah Sumber sini













1 comment:

ain diyana said...

amin~ amin~
ya Rabb, perkenankanlah doa kami..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...