Sunday, March 9, 2014

Moga Sahabat Ku Itu Tiada Dalam The Missing MH370

Asalamualaikum

Ketika tersenyum ketawa menghadiri   #SBB2014 #SBBYEOS2014    sambil menikmati juadah enak bersama bloggers di Saloma Bistro 8 Mac 2014, tiba tiba daku menerima sms dari BFF bertanyakan sahabat ku yang seorang ini lagi.

Teman yg ku namakan sbg Miss N yang ditanya ini adalah teman ku ketika sama-sama belajar di UITM 20 tahun lalu.  Teman gurau senda tertawa ria.  Teman yang tidak lokek senyuman dan usikan. Setiap kali hari raya gathering daku bertandang di rumah nya.  Pernah jua daku menumpang keretanya menziarahi kedua ibubapa mertuaku di Melaka.


Tahu-tahu daku menerima sms ketika menghadiri Sepetang Bersama Bloggers Dan Yeos mengkabarkan Miss N turut berada dalam The Missing MH370  Terus tidak ku mahu mempercayainya, terkejut, tergamam di sudut hati cuba menafikan berita itu.  Mungkin salah orang, mungkin dia tidak jadi menaikki pesawat itu, mungkin dan pelbagai mungkin yang ku semat di sudut hati agar dia tidak terlibat dalam insiden menyayat hati itu. Sob3.  Terus ku baca Al Fatihah agar beliau terselamat, agar beliau sihat, agar beliau damai dan aku mahu bertemu nya lagi di satu hari nanti. Mahu makan2 bersama, mahu minum teh sambil gelak ketawa bersama-sama. Mahu menyaksikan keletah girang dia  menayangkan jubah2 yang dia  beli di Makkah dan Madinah seperti dahulu dahulu. 

Walau apapun daku mahu beliau bahagia ketika ini walau di mana sekali dia berada.  Aku mahu dia tersenyum manis semanis secawan teh limau yang kami pernah teguk bersama, semanis jus oren yg dihidang dibancuh sendiri ketika open house idilfitri di rumahnya di tahun tahun lalu dan  semanis segala perkongsian cerita lucu dan sayu yg kami pernah kongsi bersama. 

Aku terus berdoa dan berharap agar beliau tidak jadi menaiki pesawat MH370  itu.  Tuhan Selamatkan sahabatku. Peliharalah dia walau di mana dia berada.  Innalillah.  Al Fatihah.  Dan aku ketika ini masih bersms dgn  rakan2 lain yg masih  terkejut dan tidak dapat mempercayainya.  Bila ku dail, ku tekan2 nombor hfon Miss N tapi hampa hanya voice mail sejak semalam.....

Andaikata last minit dia tidak jadi menaikki pesawat ke Beijing itu dan kami diizin Allah swt bersua kembali, bergathering , bergelak ketawa seperti idilfitri tahun tahun semalam, pasti gamat dgn kegembiraan dan kesyukuran selepas ini.  




Innalillah. Al Fatihah.





2 comments:

mamawana said...

Sahabat,

Innalillah

Uni Aqilah said...

sedih kan kalau orang tersayang kita ada dalam pesawat tu. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...