Tuesday, March 4, 2014

I Have A Story To Tell

Assalamualaikum

Deringan telefon di subuh itu, ku sambut dengan salam layu disebabkan mata yang masih mengantuk.  Kamar tidur Hotel Taipan Singapore sangat dingin hingga mencucuk ke tulang sum sum ku rasanya.  Lagi enak andai dapat menarik gebar menyelimuti diri terus pagi itu.

"Dah subuh ni. Tak bangun lagi ker?"  Suara halus merdu terdengar di corong telefon menyelinapi seluruh ruang telinga dan menyentuh kalbuku.

"Masya Allah" antara seluruh teman yang ku kenali di seluruh maya ini ketika itu hanya dia yang sudi menaliponku semata mata untuk mengingatkan daku untuk solat subuh. "Alhamdulillah, Ya Allah, Engkau peliharalah kakak ini dan berilah dia kebahagiaan dlm hidupnya." Jauh di sudut hati ku berdoa hingga kini dia tidak pernah mengetahui tentang doaku itu.

Andai ada maksud lain yg tersirat, kenapa dia menaliponku subuh sepiiee itu hanya Allah Yang Maha Tahu. Aku memanjangkan doa kepada Allah Azza Wajalla agar membalas segala kebaikan dan amalannya dan bahagiakanlah seluruh hidup dia dlm melayari kehidupan rumahtangga.

Namun itu semua berlalu 20 tahun yg lalu.  Setelah 20 tahun mengenali hati budinya sebagai sahabat.  Sedikit demi sedikit, hari demi hari, sahabat yg baik inilah akhirnya menabur racun di sekeliling hidupku. 

Sana sini dia mencanang keburukan dan kelemahan ku semata mata untuk menonjolkan dirinya agar lebih dipandang baik, lebih mulia, lebih bagus berbanding diriku.

Kenapa dia menjadi begitu?  Dalam kesopanan dan kelembutan suaranya rupa rupanya apa sahaja yg dilontarkan dari mulutnya adalah sebaliknya.  Semua itu dapat ku hidu daripada sikapnya sendiri terhadap orang lain. Dihadapan dia begitu mesra memuji kecantikan, kebaikan tetapi dibelakang org itu berlalu jelas dia mencebik bibir, menjeling matanya kpdku memohon sokongan ku agar turut mencebik si polan sipolan itu.  Aku terkejut.!!!!  Astagfirullahil aziiim.

Setelah 20 tahun berlalu baru ke sedar 'She has shown the true colors of herself' ( betoiker aku cakap omputih ni hehehe).  Sebab selama ini aku langsung tidak dapat menghidu manis tutur katanya rupa2nya hanya racun erbisa.

Di hadapanku, akulah sahabat dia yg terbaik.  Tapi sebenarnya akulah kawan yg paling dijakinya. Huhuhu...   Tidak apalah, jangan di balas sikap onar kakak itu. Biarkan Allah swt shj yg akan membalasnya.  Bener.  Setelah beberapa tahun berlalu, dia jatuh sakit. Sakit kronik hingga memerlukan dia menjalani kemoteraphy.  Rambutnya gugur sehingga membotakkan kepalanya.  Dia semakin kurus, wajahnya semakin cengkung.  Aku simpati. Tetapi sesekali bertemunya, tutur bicaranya masih membayangi sikap buruknya yg suka merendahkan orang lain. Dia tetap seperti dahulu, walau ditimpa penyakit itu dia tetap suka mencari peluang memburukan orang lain. Itu ini tak betul.  Orang itu ini salah. Mengapa sampai jadi begitu? Satu jari menujuk kpd orang lain sedarilah ada empat jari yg menunjuk ke arah diri kamu sendiri.

Andai sungguh kamu mahu mencuci dosa dosa lalu, temui sahaja semua org yg pernah kau fitnahi dulu termasuk aku. Mohonlah ampun dan kemaafan termasuk suami kamu yg kamu selalu buruk burukkan.  Hhhmmmm.......................

Kerana sikap dan akhlak kamu itu, kita pun berpisah di simpang itu suatu ketika dahulu.  Nothing much to write, just a story to tell.  Ingat ingat........ Sekian. 

2 comments:

Tihara said...

sepatutnya dah ditimpa penyakit berat tu,bawa2 lah insafkan diri..wallahualam
satu kisah pengajaran,

MOKCIK AZWA said...

Astaghfirullahil aziiim...Jauhkanlah kita daripada perangai yang sedemikian rupa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...