Tuesday, February 4, 2014

Museum Kesenian Islam


Assalamualaikum,

Nak berkongsi cerita tentang lawatan ke Museum Kesenian Islam minggu lepas.  Ahad, Petang tergesa-gesa dari jam 4.00 petang hingga 6.00 petang.  Mengejar waktu untuk misi mendapatkan maklumat demi membantu anakanda ku menyiapkan assignment manuskrip AlQuran nya utk semester ini.  Daku memang suka part buat assignment ni .  Semacam menjadi darah daging ku.  Kalu buleh semua assignment anak2 akan ku bantu.  Sejak dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 setiap folio yg mereka hasilkan akan ku bantu memberi idea dan adakalanya tolong taipkan sekali. Samailah anak-anak masuk U.  Apa-apa idea atau presentation yg ditugaskan insya allah ibu ini akan sentiasa sedia membantu.  Ibu mithali lah kunun... hehehe.. Jom layan foto2 di sini.  Bagi yg belum pernah sampai sila singgah bila menjejak kaki ke KL ya.  Tak rugi.  menarik dan rasa tak puas menatap setiap bahan2 pameran di situ.


foto ni dari google tenet
 Berkena nengok pakaian ini.


 Manuskrip Al Quran


 Kenal tak wajah di gambar ini?



Mula-mula masuk bimbang juga adakah dibenarkan mengambil gambar2 dlm museum ini.  Setelah melihat para pelancong lain spt pelancong Jepun, China, Mat Salleh ramai yg membawa kamera besar gedabak boleh senang2 snap sana sini.  Daku pun curi2 snap gambar2.  Manalah tau kalau ianya dilarang.  Hingga selesai misi kami, tiada pula security yg menegur atau melarang kami dari mengambil foto2 disini. mekasih ya.  Rasanya tak puas round dlm museum ini.  Insya allah lain kali kami pasti akan datang lagi.  


Terima kasih singgah.

2 comments:

❤Kamsiah❤ said...

saya pun kalau masuk muzium,curi2 amik gambar jugak..kalau tertera camera not allowed tu mmg tak berani la..kang malu kena marah kat pak guard pulak..

PakcikLie PCL said...

Assalam mamawana..apa khabar?

Teringt kata kawan saya..kalau kita kemana-mana, tiada apa yang boleh dibawa balik melainkan gambar sebagai keanangan yang mendapatkannya tanpa keluar modal. ...kalau sy pon takkan lepas peluang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...