Saturday, February 22, 2014

INTI dan Semangat Ku



Assalamualaikum

Hi Teman. 

Baru perasan pagi ni ada iklan INTI International University & College kat blog saya selepas sebulan lebih kemarau iklan di blog.  

Ingatkan iklan racing formula 1 ka.? Rupanya iklan University.  Hmm...

Anak bujang mama selepas SPM 2013 banyaklah dapat tawaran University Swasta, KPTM, Marine Oversea dll pun ada. Finally, dia dan kami berminat utk hantar dia jadi student UITM. Alhamdulillah.

Nak citer sikit, bukan nak ek ker riak ker. Just sharing mana tahu kut boleh jadi sebahagian dari motivasi untuk anak2 di luar sana.

Mama sejak kecil berminat nak jadi Guru.  Namun, apa kan daya SPM subjek BM dapat 7. Then, ambil lagi sekali paper BM baru dapat kredit. Huhuhu...

Then, kerja sebab parent tak biaya utk sambung pelajaran. Mama ambil STPM. Dapat sijil PENUH you. Applied UM tapi permohonan gagal. Huhuhu.....

Then, kerja. Sambung belajar out campus UITM sampai dpt DPA (Pernah dapat dekan dua kali). Then..dugaan melanda sedih pilu....huhuhu banyaknyer tangisan dlm hidup ku.

Kerja, Then.. sambung belajar kat UM, UTN, Unisel Shah Alam, UIA Gombak, OUM hohoho... banyak pintu pagar universiti dan pintu keluar masuk kuliah saya jelajahi sebatang kara dlm menyambung pengajian ijazah ini. Semangat dalam diri sendiri berkobar-kobar nak menggenggam hanya sekeping kertas bernama ijazah. 

Pernah bawa anak2 yg masih kecil ke hulu ke hilir dlm dewan kuliah, pagi petang. Cuba you all bayangkan. Alhamdulillah, anak2 saya sangat baik manner. Sorry terbahasa inggeris lak. Bagi buku tulis, bagi kaler magic, kaler pensil dua beradik tu dok diam sebelah saya dlm dewan kuliah. Professor nun jauh kat bawah bagi talk guna micropon.  Student lain tak bawa anak pun.  Saya dok tangga belakang sekali, atas sekali jauh dari student lain sebab bawa anak2. Tak mahu desus desis tawa suara halus anak saya mengganggu konsentrasi mereka.

Saya tolak semua ajakan kawan2 seopis dll teman2 yg menggoda saya utk hidup enjoy. Saya memburu ijazah, keluar masuk rumah-opis-mesjid-university. To and fro rumah-opis-msjid-University. Kolot kan saya....

Alhamdulillah, saya grad dgn ijazah sarjana muda. Kalu aku kaya, ada duit banyak sekarang pun sanggup sambung Master, best kan ada PHd...berangan buat tesis hasilkan buku sendiri...dapat gelaran doktor falsafah ka. hmmmmm...
Sekadar mimpi mimpi ku..........

Sekarang dah tak kerja korporat lagi. Bila company downsizing. No compensation No gratuiti. hmmmm... Kini kerja dgn tulang empat kerat. Alhamdulillah walau sedikit tapi saya rasai kasih sayang Allah dan keberkatan tu melebih berbanding kerja Korporat yg memerlukan saya turun naik keluar masuk hotel2 sekitar KL ini. Asyik hadir meeting, seminar, konferens.  

Kehidupan sekarang, menjual kueh mueh juga salah satu karier saya.  Ada kawan2 or jiran buat tempahan piza dan buns saya terima. Insya allah. Rejeki dari tulang empat kerat.  Meniaga makanan, laksa, bihun dan kueh mueh. Sambil tu saya mengajar tuition anak2 jiran.

Ustaz Fauzi salah seorang regular customer saya.  Anak2 dia suka makan laksa mamawana ini.  Cer tengok foto nih.


Pasal pendidikan anak2, saya selalu menawarkan diri utk membantu mereka memberi idea jua membantu menyiapkan project assignment bla bla bla... Biarlah anak2 yg meneruskan menyulam mimpi2 bonda mereka. Insya Allah. Amin.

Syukran kerana kalian sudi membaca hingga noktah akhir ini.  Whatever Life is Beautiful.  Tq Allah.






9 comments:

mamawana said...

Comel kan meja jualan mama kat blkg sinuun... kocik yo kodai den

Tihara said...

ralit saya baca entry ni
menarik:)

Suzana Ikram said...

Mamawana.. Sangat cekal org nyer walaupon bnyk liku2 kehidupan tapi Allah masih sayang padanya. Tahniah Kak wa dan shahran dpt sambung belajar ke UITM.

Sy kenal mamawana sejak 18 tahun yg lalu.

MumMe said...

inspiring story...ilmu menjadikan kita insan berfikir dan cekal dlm apa bidang yg kita ceburi sekalipun.berbeza sgt jika x berilmu.

Puan Kutu said...

kagum sy dengan semangat akk..kental betul bawak anak masuk dewan kuliah..sy yg ada anak kecik ni je nak smbung blaja dh tak mampu.hehe..

Insyaallah anak2 bakal menyulam cita2 mama mereka

ANIM said...

saya ingat bila saya dapat degree dalam usia 40++ dan keluar masuk tempat belajar kerana suami yg asyik pindah randag..sayalah yang paling tercabar..rupa2nya ada yang lebih tabah dari saya. tahniah..

JunAina said...

Ujian Allah buat hamba yang terpilih. Rezeki itu dari Allah jua, bukankah berniaga itu lebih baik dari makan gaji. Aina pun kalau ada ruang dan peluang ingin sangat nak bekerja sendiri.

mia izzati said...

seronoknya jadi akak..saya ni tak berpeluang nak belajar sebab tutt...masalah diri sendiri hehe

el said...

mmg teringin nak sambung belajar
tp tulah xde masa
alasan hahahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...