Tuesday, February 18, 2014

Cinta Seorang Pendusta



Cerita 1

Dia, perempuan itu.  Aku selalu melihat dia keluar dari bangunan bank itu.  Setiap hari. Selepas waktu kerja.  Aku yakin.  Dia bekerja di salah satu institusi kewangan di situ. Dalam bangunan itu.  Hari itu aku menunggu dia seperti biasa.  Harap harap aku dapat berbalas senyuman dengan dia.  harap harap, aku dapat bertegur sapa dengan dia.  Bertanya kabar. Bertanya nama.   Bertukar nombor talipon dan dan...

Oh God... yakin.  Aku yakin . Aku pernah ternampak dia di Petaling Street.  Yes. Sure. Very sure.  She is the one.  The one that I saw few weeks back. Oh may God. Please. Help me.

Petang itu. Aku sudah melihat dia dari jauh.  Melangkah menuju ke hentian Bas, Jln Raja Chulan.  Tiba tiba kami bertentang mata.  Aku senyum.  Hmmm.. dia senyum dan membalas balik senyuman ku.  

"Hi..." Aku menghampirinya. Bersama-sama dengan kakitangan swasta yang berduyun duyun menanti bas di situ.  

"Hi. Hello" balasnyer dengan senyuman.
"Balik mana? tanya ku.
Dia senyum sebelum membalas soalan ku. "Bangsar" katanya.
"Oh. No wonder I' ve seen you a few times.  We met before right? kata ku lagi.
"Hmmmm... " Dia memandang ke dalam mata ku tepat, sambil tersenyum. Hujung tudung hijau lembut yang menutup kepalanya terbuai buai melambai ditiup angin petang yang mesra.

"Yes... I saw you somewhere in Petaling Street last week.  "Rancak pulak kata kata itu meluncur dari kerongkong ku.

"Yes. I remember seeing you." balas perempuan itu. Hatiku meloncat girang mendengar pengakuan darinya.   Sepoi angin petang itu semakin harum mewangi.

"Im Dave.  You...?
"Nor... just call me Nor" balas perempuan itu.
"I see you everyday. And I like to see you everyday." kata kata berani meluncur keluar darii bibir Dave.

"Hensem mamat India ni. Tinggi, lampai, hidung mancung kulit putih. Bibir merah.  Kalah bibir aku  yang terpaksa calit dengan gincu".  Bisik  hati Nor.  "Tapi, dia bukan Melayu. Sure bukan Islamnyer. Hissshhh... jauh jauh...nahi nahi...."

Sejak petang itu Dave sentiasa menunggu Nor di hentian bas tidak jauh dari bangunan mereka bertugas.  Tak dapat dielak Nor yang cuba menjauhi Dave kekadang terpaksa pura-pura mesra melayan Dave.

"Hari ini kita naik bas sama. Boleh tak I ikut you balik.? Gurau Dave.
"Hahaha...funny." Nor pura pura ketawa lucu dengan gurauan Dave yang mengerikan baginya itu.

Nor tu perasan jer lebih. Nor perasan Dave sudah jatuh hati pada dia.  Sebab itu setiap hari pelbagai alasan dia beri pada Dave. Setiap kali Dave ajak dia keluar minum kopi ka, makan makan ker. Ada jer alasan Nor.  Kena balik cepat. Ada hal. Ayah marah.   Atok sakit.  Nenek meninggal.  Ada janji itu ini gedebak gedebuk.   Mereka hanya menaiki bas yang sama tapi lain hentian.  Apabila Dave beria-iya nak turun sama mengikuti Nor, mati matian Nor kata dia ada urusan segera.

Sayang seribu kali sayang.  Sebab Dave bukan Melayu, Bukan Islam. Andai ada mamat Melayu sehensem Dave tu dah lama Nor cayak hati.  Walhal Nor sendiri sedang menanti kehadiran sebuah cinta. Kekosongan hati, kesepian diri seorang gadis yang baru menginjak ke usia 19 tahun. Nor seorang pendusta. Pembohong.  Nor tipu Dave. Nor kata dia sudah bertunang.  Nor tipu Dave dengan kata dia sudah berpunya.  Dave memang sudah jatuh hati pada Nor. Dave tunggu depan opis Nor setiap hari untuk balik bersama. Untun menjalin hubungan yang lebih mesra dan akrab.  Dave pernah memberinya tiga kuntum bunga mawar merah. Satu sebagai tanda perkenalan, satu sebagai tanda persahabatan dan satu lagi sebagai tanda kemesraan, Cinta kilat Dave....  Hasrat Dave untuk menikmati kemesraan angin petang seperti biasa, hampa. Kerana di suatu hari,  angn petang tidak lagi mewangi.    


broken heart 5 broken heart 4 broken heart 3


Sekadar berkongsi nostalgia. Kerana aku pernah menjadi seroang pendusta. Pembohong Cinta.  Muah .....hahahahaha......










10 comments:

MOKCIK AZWA said...

Ni boleh jadi cerpen atau skrip drama ni Mamawana hehehe..

❤Kamsiah❤ said...

karanagn sendiri??pengalaman sendiri..??

makcikkantin said...

Cerpen ke cerpanj...ada sambungan? :))
Kesiannnn dave

Kakcik said...

Mengimbau kenangan lalu ya... :)

mamawana said...

Assalam MokCik Azwa

Cerpeng Oh Cerpengku...hihihi

mamawana said...

Kamsiah sweetie

Ofkos karangan sendiri, idea sendiri
hihihi

mamawana said...

Assalam makChik Kantin

Miss you.... sian Dave kan...kan..kan. Nakwat camno. Dah tiado jodoh tuuu...

mamawana said...

Assalm Kakchik ku...

Kenangan lalu mengusik jiwa... banyok kenangannyer....hehehe

Kakzakie said...

Pada kakak Nor punya pendirian. Kalau Dave tu Islam mungkin juga mudah diolah tapi sebab bukan itu yg terpaksa berdalih..

Apa pun sekadar cerita kan hihi.... kakak pulak yg terexited:)

Ibu Lala said...

Rajin mengarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...