Monday, January 27, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU - Amin & Syamimi


Assalamualaikum

Gembira hati dapat menghadiri majlis walimatul urus pasangan Amin dan Syamimi ini.  Syahdu pun ada.  Teringat dulu Syamimi adalah salah seorang trainee di tempat lama daku bertugas.  Tidak sampai setahun beliau menjadi anak didik research finance di bawah divisionku.    Hampir setahun lebih tidak  ketemu.  Sesekali berbicara di FB.  Alhamdulillah hari yg indah buat pasangan ini selesai dgn meriahnya. Syukur sangat2 pasangan imam muda dan siswazah perakaunan ini kelihatan amat mesra dan secocok.  Daku tumpang gembira dan bahagia.  Aku yg terlebih lebih bersyukur kerana gadis secantik dan sebaik akhlak Syamimi bertemu jodohnya yg baik.  Berangan dan berdoa juga buat puteriku yg satu hari nanti bakal bertemu jodoh dgn seorg lelaki yg berakhlak lagi menjaga imannya.  Amin.  Insya allah :-)
  






Majlis berlangsung di sini di UPM.


Syukran.  Bertamu di sini.

1 comment:

Tihara said...

alhamdulillah jodoh yang baik
moga padangan pengantin diberkati Allah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...