Tuesday, January 28, 2014

Masa Berkualiti


Assalamualaikum

Hari itu seperti hari hari berlalu.  Setiap kali ku singgah menghadiri kuliah mengaji di mesjid itu., dia pasti mengulangi pertanyaan yang sama  padaku.

"You tak solat jemaah mughrib kat sini ker?"
"Tidak" jawabku pendek.
"Kan pahala berjemaah lebih besar dari solat sendiri"
Aku sekadar senyum tanpa kata2


 Dalam hati berkata2 " dia bujang bolehlah.  duduk di mesjid lama2.
Daku ada anak2 kecil seumur 6-9 tahun yg rasanya wajib ku bimbing utk solat mughrib dan Isya bersama setiap malam di rumah.



Sebenarnya aku tak faham sangat bila orang berbicara pasal kualiti masa.  Apa yg ku buat , ku lalui dan redah shj asalkan ia mendekatkan diriku dgn NYA.


Dah lama aku lupakan dia dan dia.  Ku buang dia dan dia jauh jauh. I dont need them as they dont have time with you. hmmmmmmm.



Sehingga aku ketemu dia.  But that still does'nt mean Love.  Its just a feeling. Feeling of respect.  A friend nothing more.  A gud friend


Family lebih penting. Number ONE.  Yang lain belum tentu sah jadi pasangan hidup, please lah keluarga lebih diutamakan.  Ku berpesan pada anak2.  Andai bercinta utamanakanlah  kedua ibubapa.  
Jangan menjadi spt
 Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak Buang saudara
kerana kasih hamba turutkan.
Nayyyyy..... 


Ku tak tahu sangat pasal kualiti time.  Tapi dari duduk2 melopong lebih bermenafaat menghafaz Surah demi Surah dalam AlQuran
Tak dapat yang pendek2 yang panjang pun Alhamdulillah.
Tak dapat hafal Surah Al Mulk  dapat hafal Surah Yaasin pun sudah bagus
Tak dapat hafaz Surah Yaasin dapat dapat hafal
Surah Al Waqiah pun lagi lagi Alhamdulillah.
Dan hafaz lah yg seterusnya sehingga 
Nyawa ke hujung badan. Insya allah.

Talking about quality time. Just do it with your family. Syukran.

2 comments:

Noraini @Nanie said...

Assalam,

Tidak mahu dia bertanya berkali kali, jawablah, bersolat berjemaah dgn ahli keluarga dirumah.
Habis cerita.

ain diyana said...

Kebanyakan ulama' mengaggap bahawa solat di rumah adalah lebih baik bagi kaum wanita berbanding di masjid. Pendapat mereka ini bersesuaian dengan Sabda Nabi SAW yang mafhumnya:

“…dan rumah kediaman mereka adalah lebih baik bagi mereka” (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud);

dan “Solat di kamarmu lebih utama daripada shalat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah);

Hadis tersebut tidak bertentangan dengan hadis yang mafhumnya: “Solat di masjidku lebih utama seribu solat dibandingkan dengan solat di masjid-masjid yang lainnya” (Hadis Riwayat Muslim).

wallahualam.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...