Friday, December 13, 2013

Misteri Bertemu Arwah Bonda

Assalamualaikum

Berat... sangat berat. mata terpejam.  Walau ku sedang dlm posisi baring mengiring sebelah kanan dan mengadap kiblat.  Masya Allah.  Sukarnya utk mengangkat tangan kiri.  Sukarnya utk bangun dari pembaringan.

Ya Allah. Kenapalah begitu sukar utk bangkit dari pembaringan ini.   Seperti sesuatu menindih atas lengan kiriku.  Sungguh berat.  Ya Tuhan . tolonglah...Aku mahu bangkit.

Aku tiba2 terasa lengan kanan yang sebenarnya bertindih sebelah bawah pula seperti ditarik oleh seseorang supaya aku dapat bangun.  Aku tahu.  Aku terasa seperti dia cuba menarik lengan kananku , menarik tangan kanan ku supaya aku dapat bangun dari pembaringan itu.  

Tak semena mena aku bertanya pada yang sedang menarik tangan kanan ku utk bangun dari pembaringanku.  Siapa ni? Siapa kah gerangan yang menarik lembut tangan kananku ini?

Ada suara menjawab. Dia orang yang engkau rindui selalu .. Siapa? Siapa? Tiba2 seperti ada suara berkata." Ibumu".  Aku seperti terpandang sekelibat cahaya.

Lalu aku terus terbangun dari tidur petangku. Masya allah. Jam sudah menunjukkan waktu 5.30 petang.  Rupa2nya sejak dari jam 3.30 petang tadi aku tertidur keletihan hingga melewati asar.  Lalu menyampai ke jam 5.30 petang.  Aku termenung di birai katil.  Mengumpul ingatan dan kederat kekuatan untuk bangun meninggalkan katil.  Aku belum solat asar lagi rupanya.  sejak tadi aku tidur yg sangat-sangat kerasukan ngantuknya.  Syukur alhamdulillah aku terjaga di bangunkan oleh ibu ku sendiri.  Bukan. Bukan ibuku.  Ibuku sudah arwah. Tapi kelbatnya persis ibuku. Tadi siapa ya.?  Tanganya lembut, sentuhannya lembut menarik ku supaya bangun dan menunaikan solat asar.  Alhamdulillah. Allahu Akbar. Dia yang Maha Memelihara.

Siapakah peneman yg mengejutkan aku dari tidur tadi? Malaikat kah? Rohkah? Qarin yg memberatkan tidurkukah? Sedangkan aku sendirian di rumah.  Anak2 di kolej.  Sesekali anda bermimpi atau bermain dgn misteri. Duhai Bonda ku. Anakanda sangat merindui Bonda.  Al Fatihah.


2 comments:

❤Kamsiah❤ said...

saya pernah mengalaminya,sewaktu tertido sementara menunggu waktu subuh dibulan puasa,seorang lelaki,masuk menembusi dinding,berjubah dan berjanggut putih,mengejutkan saya kerana waktu subuh dah masuk..

Nor Azimah said...

memang kalau dah tertidur lama, badan jadi lesu, susah nak bangun..

kita hanya mampu merindu yang telah tiada..Al Fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...