Sunday, December 22, 2013

Bila Jatuh Sakit Baru Sedar Diri


Assalamualaikum

Ini kisah hari Jumaat....yeehaa.. Dah lama sangat rasanya daku tak jalan2  area Jln Ampang.  Ada masa daku menziarah waghih di kaunter LUTH, kaunter Bank Islam dan counter ASB. Dapatlah buah tangan kalendar 2014.  Syukran...Syukran.  Dah penat update buku itu ini, daku cuci cuci mata di Ampang Park.

 Singgah di sini . Peghut punyer ler lapor sebab blum sarapan lagi.  Daku pun duduk meng'order' laksa pada Neng kat situ.  "Minta dan bayar dulu di kaunter" katanya. Daku pun ke kaunter. Pandang-pandang, renung renung, fikir fikir.... Tak jadilah. Selegho pun berubah. Maafin. Terus aku jalan keluar meninggalkan Asam Laksa yg mengecurliur itu.


 Daku naik ke tingkat 3. Macam - macam makanan ada.. Tapau nasi beriyani kambing satu bungkus. Cheese Naan satu makan di situ.  Buat lapik perut. Hujan lebat mencurah curah ketika jam sekitar 12-1.30 tengahari.  Hujan rahmat.  Di sini sempat juga merembat selai dua blouse utk basahan harian. Mato boleh juling nengok pelbagai jualan pakaian di booth jualan. Cantik cantik. Fuuuh...harga pun memang cantik jer...


 Lama tak naik LRT.  Aku boleh jadi rindu. hehehe


Biasa ajer kan nengok foto foto stesen LRT nikan.. Nothing special. Tapi, bagi diriku yg telah bertahun mengguna LRT ini, apabila tidak lagi bekerja tetap spt biasa adalah spt satu perpisahan. Bayangkan dari seorang pengguna BAS SRIJAYA ke Rapid, dari pengguna BAS Mini ke LRT dan monorail sangat banyak kenangan dlm minda . Takpelah ita lupakan saja soal itu. nanti dlm episod lain boleh selit kisah2 di copet, diraba, diragut dlm perjalanan mencari rejeki.

  

 Selesai episod jalan2, nyoping dan makan2 d hari Jumaat, tetiba hari Sabtu badan dah rasa lemah, kepala sakit berdenyut-denyut, jalan pun sudah goyang. Raba dahi sendiri memang panas tapi seluruh tubuh menggigil kesejukan.  Apalagi sehari suntuk berselimut, berselubung dgn comforter. Pakai stokin, pakai baju tebal,, selimut lagi biar kebah, biar peluh meluncur, memercik keluar asal badan ini segera  sembuh.  Yg sempat ku sediakan hanya sup daging dgn kentang utk lapik perut seharian bila tergolek di rumah. Sesudu dua ajer sup itu yg mampu ku jamah dgn seketul dua nasi yg kupaksa telan.  Semakin kuruih ler daku. Huhuhu...


 Ini ajer ubat yg ada  kat rumah. Ubat ubatan bulan lepas kut. Ubat selsema  running nose ...not running man ya dan sakit kepala. Mudah mudahan cepat sembuh. Mulut tak putus2 zikir dan baca doa syifaq dan minum air zam zam.  Banyak kerja rumah yg tertangguh. Nak basuh baju, mop vacuum dll.....Bila Jatuh Sakit Baru Sedar Diri





Nak share antara zikir2 harian (doa syifa') yg jadi amalan. Mungkin teman teman ramai yg sudah tahu dan biasa amalkan.  Daku kongsikan lagi di sini.



Hari Sabtu hari melepek. Sehinggakan dlm solat rakaat k3 atau k4 berbalik2 dlm minda fikir.  Pagi Ahad, celik mata badan dah rasa ringan, sakit kepala pun dah kurang, Alhamdulillah.  Ya Allah besarnya nikmat kurniaanMu. Nikmat kesihatan ini Masya allah. Ampuni dosaku. Thank you Allah atas nikmat kehidupan ini.  Rasa lebih sihat, insya allah aku akan sihat dan sihat lagi.  Sakit kepala ada sikit2 lagi. Jam 10.30am aku terlupa aku sudah dhuha ker belum...

2 comments:

Chot said...

moga cepat pulih ye..sesekali sakit...hurmm..Alhmdulillah kita dipilih untuk diberi peringatan..:)

mamawana said...

Assalam dan tqvm Chot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...