Monday, December 23, 2013

Bila Hidup Bermadu

Assalamualaikum

Kelmarin, bukan kelmarin, kelmarin dulu, tapi bukan sahaja kelmarin dulu-dulu lagi. Sejak gitu. Sejak gini..bila beristeri dua.  Sering tidak pulang ke rumah isteri pertama.  Walhal, isteri pertama sudah punya 2 masuk anak ke 3 yg perlu diberi perhatian lebih. Isteri kedua mandul... (agak kurang ajar gitu mulut daku...heeee) tapi benarnya sudah 6 tahun nikah masih tanpa anak lahir dari rahim isteri kedua. Hmmm... hebat ke mana gitu hinggakan melupain isteri dgn anak2 di rumah yg awal dolu.  Nafkah isteri dan anak2 pertama nol.  Sekali sekala pulang bila ditanya lagi marah marah. Silap hari bulan tak ketentuan mughrib ker subuh ker dipukulin isteri pertama. Dosa kan kalu isteri minta fasaq?

Tapi kalu terus terusan didera begini. Tidak diberi makan pakai mencukupi. Kerajaan prihatin pun meletak garis kemiskinan dibawah RM3000 harus dibantu dan boleh mendapat BRIM.  Ini kan pula nak melontar RM100 bulanan pun berkira.  Tidak juga dia atau sang suami berjuang keluar berdakwah atau berjuang fisabilillah. Dia keluar enak2 mentekedarah.  Isteri isteri Nabi dulu sedar suami kecintaan mereka keluar berjuang di jalan Allah swt.

Isteri zaman ini dikerah kerja, tanpa disedari dikerah bayar itu ini. Lunasi bayaran mobil, belanja anak2, nurseri, makan minum.  Kalu enggak itu kufur nikmat.  Tidak mensyukuri nikmat Allah.  Tidak redho.  Syurga dibawah tapak kaki suami. Eh, ya ker?  Hmmm... aku mengeluh lagi.  Aku sudah lalui semua itu. Eh, kisah aku ker nih.??


Malang bertambah, bila sang madu kedua asyik menyerang berburuk sangka. Disangka sang suami lebihin isteri pertama.  Siap maki hamun cercaan lagi.  Sesekali datang menyerang di rumah isteri pertama. Bertalu talu sms masuk memaki hamun isteri pertama.  Hmmmm........ gerammmnyer.... Sabarlah duhai hati.  Bertabahlah duhai hati.


Acapkali juga aku mendengar rintihan para sahabat ku yg didalam situasi itu.  Kalu boleh sabar.  Sabarlah.  Selagi suami menyayangi dirimu. Menyayangi anak2mu.  Selagi dia tidak menghina maruah keturunan kamu. Tapi bila seluruh ahli keluargamu dan dirimu diinjak, dihina dan anak2 sering dipukulin. just say GOOD BYE to him.  Usah disimpan cinta yg beracun.   Pasti ia menyerap masuk dlm pembuluh urat sarafmu dan membunuh mu dalam diam. Tanpa kau sedari hatimu penuh virus racun berbisa.  Hari demi hari, detik demi detik kamu tanpa sedar sebenarnya telah lama mati kerana kanker cintamumu.


Dan hatiku sebenarnya telah lama mati kau bunuh.  (Ayat nih saya pernah coretkan dlm cerpen saya dalam Majallah Keluarga tahun 2000an.  Sudah lupa tarikh terbitannya Ibu Ibu Bapa Bapa. Hehehe....

Sekian. Sahaja aku posting entri untuk ceriakan diri. Kerana Tuhan itu Maha Mengasihani. Setelah Diberi ribut taufan Tsunami dan Hayyan pasti akan disusuli Pelangi Nan Indah nanti. Bagi yang mengerti.  
 Insya Allah.

3 comments:

Qaseh Wee said...

ini penyebab utama nape org perempuan takut bermadu .

mamawana said...

Tq visit and komen Qaseh.
Poligami tu hanya utk yg mampu disegi amal solleh, ibadah dan kelebihan uwang.

obat radang sendi rematik said...

resiko isteri ke 2...isteri pertama lebih kuat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...