Wednesday, October 2, 2013

Nostalgia Terbang di Langit Makkah





Assalam

Sahabat....,

Suatu ketika dalam masa beberapa bulan lamanya, beberapa tahun lalu, aku saban malam asyik bermimpi menaiki pesawat.  Terbang di langit awan gemawan.  Entah kemana arah tujuan.

Kekadang bermimpi menaiki tangga pesawat terbang lagi dan  lagi.

Adakala bermimpi menuruni tangga pesawat  sedang diseliputi awan gemawan yg indah.  Lantainya memutih.  Aku tidak pasti ke mana arah tuju ku tika itu.

Adakala aku bermimpi berada dalam sebuah musollah.  Jubah baldu ku hilang semasa di musollah itu.  Saat mahu pulang meninggalkan musollah itu jubah baldu ku yg hilang diganti dgn sepasang jubah yg lebih indah.  Itu sekadar mimpi lama...beberapa tahun yg lalu.  Aku tidak pasti apa nukilan maksud mimpi2 itu semua.

Rupa2nya aku bener2 diberi peluang utk terbang di awan gemawan memutih yg sungguh indah. kerana perjalanannya menuju rumah Allah swt.

Aku redha meninggal seluruh yg kucintai di tanah air. Meninggalkan anak2 yg menjadi jantung denyut nadi hidupku. Meninggalkan rumah kecil gubuk burukku. Meninggalkan segalanya.  Rasa bagai menyerah diri utk dikapankan bila2 masa ketika itu.  Sangat2 menyayukan kalbu. meninggalkan segala yg dicintai, jantung hati hidupku.


Sedar tak sedar dengan berbekal kan sedikit uwang recehan sampai jua aku di bumi madinah dan sampai jua daku ke ladang pohon tamar yg menurut sejarahnya telah dibeli oleh sahabat karib rasulullah saw Saidina Abu Bakar r.a. dari pemilik Yahudi ketika itu.  Ladang tamar itu masih elok dijaga spt gambar di bawah ini.


Ziarah bumi Madinah suatu kenangan yg indah.  Zikir disepanjang berjalan kaki yg sangat menyentuh kalbu.  kerana siapalah daku, seorang miskin yg sudi dijemput Illahi utk ziarah ke Maqam Rasulullah s.a.w. jua

Suasana kehijauan di pasar Kurma.


 Putih, Kuning , Hijau aku selalu takjub memerhati jemaah dari negara lain.  Subhanallah. Di bumi indah inilah paling ramai aku melihat para lelaki menangis tersedu2.  Lelaki dari seluruh duniya menitiskan airmata mereka di sini. Di sini airmata mereka laju menitis membuang ego , mengukir insaf dan taubat.


Dengan sahabat sebilik, rakan mesjid KLCC, K.Lumpur. Kami berpakat2 ingin menunaikan haji bersama. Bersama sebilik di Madinah jua sebilik di Mekah dan di Arafah, Muzdalifah kami tetap bersama dgn izin Allah swt.   Alhamdulillah Allah swt terus mengizinkan kami bersama di sana.

Pemandangan menuruni tangga Jabal Rahmah. Aku berdoa utk berjodoh dgn rejeki yg halal lagi diberkati, berdoa agar berjodoh dgn kesihatan yg baik utk membanyakkan amal ibadahku.  Berbdoa lagi utk berjodoh dgn bakal2 menantu2 ku nanti utk melahirkan anak cucu cicit jenerasi ku yg solleh.  Yg menyintai Al Quran dan Sunnah.  Amin.

 Aku terpesona dgn mereka ini.

Selagi ada ruang dan waktu ku curi2 merebut saf2 di tingkat atas utk menikmati panorama Kaabah yg mempesonakan.  Musim haji saf di lantai Kaabah masya allah sangat berhimpit dgn jemaah dari seluruh dunia.

Di perdu pohon ini aku tidur beralaskan lembek di bumi Mina

Hati selalu berdebar2 pada setiap lontaran Jamrah dgn zikir dan doa yg tak putus2.
 Makchik yg sangat ku admire semasa di Makkah.  Datang seorang diri tanpa bantuan sesiapa. Berusia 70 tahun  lebih, masih sihat dan mencicit jalan ke sana ke sini. kagum.  Jemaah yg hebat.

 Cantiknyer Makkah

Beri makan ribuan burung... Seronok

Dulu daku tak minat buah delima, tak pandang tak heran pun.  Tapi sejak merasa delima Makkah yg sangat manis, terus aku jatuh hati dan meminati buah ini setelah balik ke tanahair.  Sedapnyerrrrr DELIMA ini. siapa ada kebun delima? Sila pos buah2 delima kat saya. Saya nak beli.  Kalu bagi free  bagus sekali.....hihihi...


Sekian , wasallam. Dengan merendah diri saya mohon maaf krn entri ini menggambarkan perasaan kerinduan saya  utk ke sana lagi.  Bukan riak.  Siapalah saya yg kais pagi makan pagi.  Kais petang makan malam.  Kapan ya?  Insya allah.  Seposen, dua posen ku tabung lagi setiap hari setiap ketika, setiap saat dgn harapan yg menggunung....(suara hati seorang asnaf)

10 comments:

Kakcik said...

SubhanAllah...

MasyaAllah...

Rindunya kakcik dengan Tanah Suci...

Ayu azmir said...

harap saya juga akan sampai di sana... Insyaallah...

ALoNa CintamaniszLite said...

kenangan terindah ni, kak....

**mula2 sy ingat ni akak copipes dari karangan orang indonesia (wlpn sy tau akak dh penah tunaikan haji), hehe. sbb kat atas tu ada perkataan bener2...(benar2), kan??
Bila baca smpai abes...mmg catatan akak sendiri rupa2nya, hehe..

Nur_Ma"Khairatun Hisan" said...

Assalamualaikum..doakan akma dapat ke sana juga..Allah, cantiknya..

azlina said...

assalamualaikum
kenangan menjadi tetamu Allah tak pernah padam...

Qira said...

subhannallah..
semoga saya juga dapat jejakkan kaki di Tanah Suci dengan mak abah saya insyaallah

Sharinginfoz said...

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk ke sana. Seronok betul dapat tahu sahabat dpt ke sana. Semoga sampai jua saya ke sana nanti.

salmahjaafar577 said...
This comment has been removed by the author.
salmahjaafar577 said...
This comment has been removed by the author.
salmahjaafar577 said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...