Monday, August 12, 2013

Syawal 2013 Hari ke 2 @: Innalillah Dia Pergi Jua



Assalamualaikum

Hari Pertama daku beraya anak beranak dgn keluarga abang Long dan Kakak sekeluarga di Shah Alam. Hari ke 2 Syawal pula kami bercadang bertolak balik ke Perak dan singgah beraya di Ipoh menziarahi abang kandung ke dua Shaharolzaman .  Memang setiap kali raya atau ada kelapangan aku dan kekanda yang lain pasti akan menziarah abang ku yg sorg di Ipoh ini.  Berusia 60 tahun, sudah kematian isteri beberapa tahun yg lalu dan tidak mempunyai anak.

Namun hari ke dua, kami menerima berita sedih.  Beliau menghembuskan nafas jam 6 ptg sebelum sempat kami pulang menziarahi beliau.  Malam itu juga kami bergegas balik ke Ipoh.  Esok pagi Syawal ke 3, kami adik beradik ke hospital menuntut jenazah dan utk urusan pengkebumian seterusnya.  Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar, 



Daku turut serta menaiki Van jenazah menemani perjalanan akhir kekanda ku yg di sayangi.





Semoga arwah kekanda ku ditempatkan bersama orang orang yg diampuni dosa dan dicucuri rahmati Illahi.  Innalillah hiwa inna ilaihiroji unn...Damailah kekanda di sana.

5 comments:

Kakcik said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun

Acik Erna said...

innalillahhiwainnailaihirojiun
AlFatihah

makcikkantin said...

salam takziah. al fatihah

makcikkantin said...

salam takziah. al fatihah

aizamia3 said...

Salam takziah..
Al-Fatihah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...