Thursday, August 1, 2013

Gugurnya SeOrang Muallaaf

Perkongsian dari Blog Peribadi Rasulullah (s.a.w.)

Dawood, begitulah lelaki tersebut menukar namanya setelah memeluk Islam. Beliau adalah mualaf yang gugur di medan jihad pada usianya yang sangat muda, 29 tahun. Namanya begitu popular selepas memutuskan diri untuk membela kaum Muslim dalam pertempuran melawan Pasukan Croatia di Bosnia pada 1993.

Beliau dibesarkan dalam keluarga Kristian. Sejak kecil,dia didik dengan ajaran Kristian hingga menginjak dewasa. Setelah tamat pengajian di universiti, dia bekerja pada salah satu syarikat Komputer.

Hingga suatu pagi, Dawood memeranjatkan semua orang di pejabatnya. Tiba-tiba saja, pagi itu dia muncul dengan cara berpakaian berbeza dari biasa. dia berpakaian seperti seorang Muslim di Timur Tengah.

Ternyata, Dawood telah menjadi seorang Muslim. Pakaian yang bernuansa Muslim itu pula yang membuatnya dipecat dari pekerjaannya.

Dawood mula kebingungan. Tidak hanya keluarga, tapi rakan-rakan di tempatnya bekerja juga memulaukan nya. Kerana dia sudah menjadi seorang Muslim. Tak ada yang mahu menerimanya ketika itu, selain saudara-saudaranya dari komuniti Muslim.

Lantas dia memutuskan untuk berangkat ke Bosnia bersama dua orang rakan Muslimnya yang lain. Mereka bergabung bersama Muslim Bosnia dengan tujuan boleh hidup secara Islam dan ingin belajar ilmu-ilmu keislaman.

Empat bulan telah berlalu. Beberapa rakan senegara nya mengajaknya untuk pulang ke tanahair namun beliau menolak. Akhirnya beliau tetap menetap di Bosnia.

Beliau seorang yang sangat cepat belajar ilmu-ilmu Islam. Dawood juga dengan cepat menguasai bahasa Arab. Teman-temannya bercerita bahawa ia adalah seorang Muslim yang taat dan teguh memelihara sunah. Ia termasuk salah seorang yang disayangi oleh teman-teman dan saudara-saudaranya sesama Muslim di Bosnia.

Ia tidak melewatkan untuk solat malam, walau cuaca teramat sangat sejuk. Bahkan ia sering berdoa sepanjang malam. Ia hanya tidur sebentar dengan posisi tidur meringkuk ke kanan.

Setelah beberapa waktu kemudian, ia bergabung dengan mujahidin Bosnia dibawah pimpinan komando Abul Harith. Komandannya juga sangat menyayangi Dawood kerana kasalehannya. 

Malam sebelum Dawood gugur di medan pertempuran, dia bermimpi dan sempat bercerita tentang mimpinya itu kepada rakan-rakan nya. Dalam mimpi tersebut, ia berjalan di antara dua sisi istana yang sangat besar dan megah.

Di dalam mimpi itu dia bertanya "Siapakah pemilik Istana yang megah ini?"

"Inilah milik salah seorang syuhada" begitulah jawapan dari mimpinya itu.

Dawood bertanya lagi, "Di mana istana milik Abu Ibrahim?" Abu Ibrahim adalah salah seorang teman dekat Dawood yang berbangsa Turki. Mereka dahulu bersama-sama datang dari Britain. Abu Ibrahim ditembak mati oleh PBB Perancis berhampiran Lapangan Terbang Sarajevo.

Suara dalam mimpi Dawood tersebut menjawab "Istana Abu Ibrahim ada di sana".

Dalam mimpi itu Dawood berlari menuju rumah teman dekatnya Abu Ibrahim. Dalam berlari itu ia terjatuh hingga ia bangun dari tidurnya kemudian menceritakan mimpinya.

Komandannya Abul Haristh sudah menduga bahawa Dawood mungkin akan gugur di medan pertempuran berikutnya setelah mendengar cerita mimpi Dawood. Mungkin saja ia akan segera menyusul sahabatnya Abu Ibrahim, kerana ia ceritakan dalam mimpinya bahawa ia berlari menuju Istana Abu Ibrahim.

Keesokan harinya Dawood terlibat dalam satu operasi ketenteraan melawan Pasukan Croatia. Dawood tertembak tepat di jantungnya dan tewas seketika. Ia berguling ke bawah bunker Croatia yang mengakibatkan jasadnya tidak boleh diambil.

Setelah tiga bulan berikutnya, barulah jasad Dawood ditemui oleh Pasukan Mujahidin. Diceritakan oleh Komandannya Abul Haritsh bahawa jasad Dawood saat ditemukan sudah berbau kasturi. Jasad tersebut ditemui seperti kedudukan Dawood tertidur iaitu meringkuk menghadap ke kanan. Subhanallah



Perkongsian dari Blog Peribadi Rasulullah (s.a.w.)

Sekian.  Terima kasih.

1 comment:

E-na Zarina said...

Salam sis
tq tinggal comment di LK...selamat berpuasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...