Monday, July 29, 2013

Iftar di As Solihin @ Kerepek Banting



Assalamualaikum

Alhamdulillah, diberi kesempatan Illahi utk bersama KL Volunteers menyampaikan sumbangan dan menyantuni anak-anak yatim dan asnaf Assolihin di Kanchong Darat, Banting, Selangor  Ahad 28 Julai 2013. Jom layan foto.  Antara sukarelawan yang menyertai...

 Menyediakan pemanis Buah Melaka utk berbuka.
  Selesai bergotong royong memasak kami sempat juga menangkap beberapa paket kerepek di sini.  Foto kerepeknya enggak ada ya.  Lebih murah , malah murah murah berbanding beli di KL. Ofkos lah kan beli kat kampung industri kerepek.  Kerepekku tertinggal di dalam van yg kami naiki.  mana kerepek ku Pak Supirrrrr......!!?  Pulangkann....


 Antara barang2 sumbangan yg disampaikan oleh Volunteers KL
Photo: Kerja kerja menyusun barangan sumbangan dijalankan sebaik sahaja tiba di as Solihin.

Jamuan berbuka puasa ini juga sumbangan daripada sahabat VKL. Semoga anda dirahmati dan diberkati kerana menjamu anak anak yatim berbuka puasa.

Menu macam macam ada Udang goreng sambal, kari kambing, nasi putih , nasi minyak, ayam sambal, kurma, ikan goreng tepung ,, kuih muih seri muka, kuih lapis, sagu manis, karipap, pulut udang dll.  masyaallah makanan melimpah ruah.

 Selepas solat magrib dan selepas kekenyangan berbuka.  menyantuni anak anak yatim sementara menanti solat  Isya dan Tarawih.
  Pengalaman manis bersama anak anak yatim.. Daku pun sudah lama yatim piatu juga.. Emak...Abah... sobs3...


Terima kasih sudi singgah di pondok maya ini.  Salam idilfitri Maaf Zahir dan Batin.

2 comments:

Azian Elias said...

seronoknya buat benda2 volenteer cam ni.. akak teringin tapi badan dah tak daya dah...

mamawana said...

Assalam Azian

Mamawana pun join mana yg sempat dan berkesempatan ajer. Selalu juga termiss aktiviti ni. Volunteers KL sgt aktif di Bdr Tsik Selatan. Kerap anjur pelbagai progrem.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...