Friday, May 3, 2013

Majlis Yang Indah Dan Syahdu



Dengan Bismillah

Alhamdulillah,  setelah hampir 20 tahun lebih tidak ketemu.  Ketika beliau masih kecil, comel sewaktu sekolah rendah lagi daku suka melihat keletah dia yang ceria dan manja, tenggelam timbul berenang dlm kolam mandi ketika family outing ke Port Dickson juga ke Langkawi.

Kisahnya membesar menjadi dewasa hanya ku dengar dari kejauhan dari teman2 seopis jua.  Dr Abu Bakar bin Hassan dijodohkan dgn Emma Louise Goodwin Abdullah pd hari Ahad 21 April 2013 yg lalu.  Alhamdulillah.    Bapanya arwah Hj Hassan adalah bekas Pengurus Besar opis lama ku.


  Bertempat di Dewan Perdana Felda yg gemilang.  


Rakan semeja . Jamuan yg enak lagi lumayan.






 Yang indahnya majlis diselangi dengan Bacaan Selawat, Doa dan Tazkirah.  Alhamdulillah.  Syahdu.  Kalu anak mama kahwin nanti, mama berangan nak wat majlis semacam inilah.  Hehehe...berangan dulu you...


"Semoga Allah swt menghimpunkan yg terserak dari keduanya, memberkati merek berdua dan semoga Allah swt meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu2 rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman agi ummah."

Doa semasa pernikahan puteri Nabi s.a.w. Fatimah Az Zahra dgn Ali bin Abi Talib r.a.

2 comments:

rinduan citarasa said...

moga mahligai y dibina kekal selamanya.


sweet sgt jika bkahwin campur.

ayu pun berangan bt majlis y ada selawat dan doa2

ALoNa CintamaniszLite said...

owh..omputih ke? ingatkan orang pakistan...

alhamdulillah, sampai jodoh dorang ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...