Thursday, May 9, 2013

CINTA MAHA GHAIB

Assalam


Aku mencintai MU suatu ketika dahulu
Tersembunyi segala rasa malu di hati
Pedih mengilu

Aku bercinta pula dengan dia
Di tanah suci
Terik panas pasir mentari
Bumi Tanah Haram

Aku terus menyintai dia
Dan hampir melupakan MU

Kini aku kembali
Menyambung CINTA ini
Senyap senyap
Diam Diam
Kerana aku seorang pemalu
Dengan dosa dosa lalu
Aku terus menyintai Mu
Sembunyi sembunyi
Mungkin Cintaku tidak layak
Tapi aku mahu terus menyintaiMU
Secara Ghaib
Kerana Engkau Maha Ghaib





Kita semua merindui tempat ini.  Lapis demi lapis bumi dan langit dipenuhi dengan Cinta Maha Ghaib.  Wassallam.

16 comments:

Tihara said...

Alhamdulilah betul, memang sangat2 rindukan tanah suci ini..tenang sangat tengok kaabah..tak terucap..

❤Kamsiah❤ said...

Alhamdulillah...menjadi tetamu bumi yg berkat itu,semestinya satu pengalaman yg tak terlupakan..pasti disana,merasa diri begitu kerdil sekali

JunAina said...

Aina berhajat utk pergi satu family bersama suami bawak anak2 dan mak. Moga di murahkan rezeki...

ainnoraini said...

in shaa allah dgn izin allah saya akan kesana pd selasa depan...maaf ye kalau ada terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita dialam maya ini..

ALoNa CintamaniszLite said...

Belum ada rezeki sy utk sampai ke sini.
InsyaAllah, ada rezeki suatu hari nanti..

Tahniah sbb mamawana dh sampai sana tunaikan haji.

hana said...

alhamdulillah kak... rindunyer nak g sana lagi... hentah bila agaknya... huhuu

CeqGu said...

Cikgu pun tringin sgt2 nak jejak kaki ke situ.moga allah perkenankan

mamawana said...

Assalam Tihara,

Insya allah sampai nanti jua ke sana.

mamawana said...

Kamsiah

Yep, terasa diri begitu kerdil..Insaf

mamawana said...

JunAina

semoga diberkati dan dmurahkan rejeki.

mamawana said...

ainnoraini,

Tahniah akan menjadi tetamu Allah. semoga diberkati dan dirahmati perjalanan mu.

mamawana said...

Alona

Insya allah, giliran Alona menyusul nanti.

mamawana said...

Assalam hana,

Berdoa.. in sha allah dgn izinnya disegerakan hana ke sana.

mamawana said...

Ceqgu..,

Bila teringin sgt2 tu..berdoa sgt2 jadi insha allah disegerakan ke sana jua .

Ibuhani said...

In Sya Allah......saya jugak akn jd tetamu Allah SWT satu hr nanti!

mamawana said...

Insya allah sweetie Ibuhani,

Mamawana pun plan akan pergi jua ke sana bersama anak2 dan menantu...ihikkss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...