Tuesday, April 30, 2013

TIPS HAFAZAN AL QURAN

Assalamualaikum

 


Suka mamawana berkongsi sesuatu yang mama gali gali di dunia maya ini.  Ada antara beberapa tips yg pernah dan biasa mama amalkan.  Tapi masih jauh untuk sampai ke realiti dan target hati kecil ini.  Al maklumlah, dugaan cobaan harian yg mendatang.  Adakala sangat sukar di tangkis, makan minum terlepas dari jagaan, masa santai tidak difokuskan sbgmn yg di rancang.  Apa apa pun kita sama2 berusaha ke arah yg lebih baik.  Insha allah.

Tips menghafaz Al Quran

Sebelum menghafal
1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.


Seterusnya klik sini


 Kelas yang sedang diikuti.  Foto2 mama snap dari Galeri Mesjid al Muqarrabin.
Satu lagi masalah ketika mengikuti kelas ini ialah wudhu tak tahan lama.  Untuk mengelak dari keadaan yg tidak diingini kenalah jaga breakfast pagi itu agar tidak pruut priit nanti.  Minum air mineral kekadang air yassin dan air Zam Zam.  senang cerita bawa ajer Tafsir AlQuran kalu malas nak gi amik wudhu berulang kali dari dewan mesjid ke bilik wudhu.  Nak wat camner kalu dah jenis berangin ajer. huhuhu...


Saya hamba kerdil yang tidak punya apa.  Sekadar merintih agar secebis amal ini diterima buat bekal Jalan Pulang nanti.  Syukran dan hingga Jumpa lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...