Friday, April 12, 2013

Tetamu Tak Di Undang

Assalam

Saban hari berjualan di bawah blok ini, saban hari jua ku didatangi tetamu2 bulus yg mengiau minta diberi sedikit roti atau ikan atau apa shj cebisan makanan utk mengisi perut.  Ada yg minta dikasihi, minta dibelai manja dan diusap.  Mula2 pandang2, dekat2, dan akhirnya siap duduk baring melunjur disekitar ku. Datang dan duduk2 selamba bermain mata dgnku.  Semakin hari semakin mesra.  

tuannya entah siapa entah di mana.  Pastinya mrk spesis buangan.  Chomel chomel kan.....



Yang berloceng ini dekat tapi takut2, mahu tapi malu2.  Nyaring ngiauannya tapi bila ku hampir dia mengundur kebelakang, mungkin takut di sepak.  Tapi makanan jua ku hulur dan dia dgn lahapnya makan apa shj yg diberi.


Yg di bawah ni sgt comel mukanya, manis aura wajahnya tapi tak sempat ku rakam sebab tak bleh duduk diam.


Dan anak cucu bulus ku...





Hadith-Hadith Mengenai Kucing



Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.



Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.



Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”



Kabsyah menjawab, “Ya”.



Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).



Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Hasil ujian berkenaan kucing:


Hasil yang diambil dari kulit luar  tubuh kucing tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.  Tempat yang sengaja diletakkan kuman menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan tiada kuman.  Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya di badan kucing. Kesimpulan sains merumuskan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu tandanya kucing itu akan atau sedang sakit.

Ini amat berbeza dengan anjing. Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing. Manusia pula mempunyai kira-kira 25% kuman berbanding yang ada pada anjing. Kucing hanya mempunyai separuh sahaja kuman berbanding yang didapati daripada manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Mengapa kucing kurang menggemari air? Ini adalah kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya. Inilah sebenarnya yang menyebabkan kucing agak liat untuk dimandikan.

Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.


4 comments:

Ibuhani said...

murah rezeki mamawana bg makan kucing2 tu........

mamawana said...

Salam sweetie Ibuhani

Sekadar berkongsi cebisan makanan yg ada...harap2 murah rezeki utk terus berkongsi dgn mrk. Amin.

ummiross said...

Salam mamawana..

bestnya info ni, ummi seronok bila cerita pasal kucing ni.

ALoNa CintamaniszLite said...

setiap tetamu yg datang ke rumah kita...semuanya membawa rezeki utk kita. Apatah lagi si bulu yg comel yg menjadi kesayangan rasulullah ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...