Assalamualaikum
Salam dan Salawat untuk Rasul s.a.w. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, pagi Sabtu lepas diberi kelapangan dan keizinan waktu untuk bersama penduduk masyarakat sekitar BTS berarak dan bersalawat ke atas Nabi s.a.w. Jemput layan foto foto yg sempat dirakam.
Meriah.
Setahun sekali.
Ramai bapa-bapa, AJK Mesjid, pemimpin2 persatuan yang lelaki menyerlah melaungkan salawat jangan lupa kehadiran para Ibu ibu, remaja dan anak gadis lebih ramai dalam perarakan ini. Alhamdulillah.
Petikan beberapa hadis tentang keistimewaan Wanita
Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
Dan akhir ketukan keyboard mamawana suka share video youtube Ustaz Haslin yg lebih dikenali dgn gelaran Ustaz Bollywood. Jemput nonton.
Wasallam.








4 comments:
malu dan iman itu seiring..jika salah satunya pergi..yg satu lagi akan menyusul..:)
jika tak beriman..tak wujud perasaan malu..
assalam mamawana..tak dapat nak tengok video disini..internet lembab
mamawana, best mendengar ceramah ustaz haslin.. tq
alhamdulillah...puji-pujian tuk rasulullah...
Post a Comment