Monday, February 25, 2013

Kek Ku Penyet



Assalam

Terlalu banyak cerita yang nak di ceritakan.  Tapi simpan separuh wat pekasam.  Nak share Alkisah, hajat yang terliur nak makan kek chocolate.  Maka, daku pun merajinkan diri bancuh itu ini jam 9 malam kelmarin.  Dengan riang gembiranya sebelum membakar ku calit sedikit adunan dan merasainya... Mabeles... dengan gembira ku masukkan dalam oven yg baru ku beli semalam.  Oven yang telah di panaskan pun menjalankan tugasnya dengan setia.  Riang gumbira dihati melihat kek cokelat ku semakin naik dan menggebu.

Yeeehaaaaa......berjaya dalam kemalasan kek ku naik menggebu.  Then, berlaku tragedi hitam tetiba karan letrik spt di tendang poooppssss black out!!   

So sepanjang malam daku bergelap.  Ke hulu ke hilir meraba dalam laci kabinet, dalam laci bilik.  Ingat2 lupa di mana ku simpan lilin spare andai berlaku kegelapan begini.  Ku cari2 lilin untuk dipasang menerangi rumah yg gelap gulita.  Di mana torchlight?  Di mana lampu picit?  Deyyy.... meenachi, mana  hang letak lamp picit daa??  Marahku pada diri sendiri.   Bila ku intai2 rumah jiran2 sebelah semuanya terang benderang.  Ku tunggu karan letrik hingga jam 12 malam... 1 pagi still no current, 2 pagi no karan.  Loh.. kek ku gimana yah?

Ku suluh2 dalam gelap dgn lampu picit dah berwap2 oven.  Cepat2 ku keluarkan.  Hasilnya.....

k
u

t
e
r
k
u
c
i
w
a


Terus merajuk.  Tak mo meng 'kek' lagi.  Jam hampir 3 pagi baru karan kembali setelah dibaik pulih oleh jiran tetangga.  Tq jiran yg baik hati itu.  Pentingnya jiran kan kan kan...dapat yang  letrician plak... So, oven ku humban semula ke kedai yg baru ku beli kelmarin.  First try, oven tu yg telah menendang menyebabkan rumah bergelap.  Terbakor2.  

Nak tergelak pun ada. Nengok foto kek tu macam bibior org afrika laaksss.... Nanti daku meng 'kek' juga lagi.  Dendam tak kesampaian.


6 comments:

rinduan citarasa said...

chaiyokkk

jgn patah hati.
ayu pun ada kisah ngan oven ptama.

hahaha..
mmg lucu

Acik Erna said...

Assalam mamawana x pe baru beli mesti boleh dapat ganti yang barui kan.boleh buat kek lagi

Ibuhani said...

senyum sendiri bc entry ni.....sbb ibuhani pun pernah gak buat kek penyek.....hehehe....jgn putus asa!

mamawana said...

CR

hehe.... belum sempat membaking lagi ni..

mamawana said...

Achik Erna..

dah pulangkan oven letrik tu balik kat kodai apeik cino tu . Ganti dgn oven petak hitam butterfly tu plak. Zaman2 omak2 eh punyo oven... ikikikikkk

mamawana said...

Ibuhani

ya lah.. dlm kecewa, marah ada lucu nyerrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...