Saturday, February 2, 2013

Ganu Menggamit Memori Melalui Jln Kenangan

Assalam Teman Teman

Hampir setahun berlalu dan beberapa keping voucher penginapan di Hotel Seri Malaysia yg ku beli ketika Matta Fair masih dlm genggaman.  Hampir setahun juga daku telah membooking flight tambang murah Air Asia dari KL- KT. Dlm banyak2 wilayah dan negeri di Sem. Malaysia semua telah ku jelajahi.  Tapi hatiku tetap tertambat utk kembali menjejak kaki di bumi kelahiranku Kuala Trengganu.  Rindunya ya amat sangat. 

Walau Flight 7.00 pagi, seawal 4 pagi kami dah gerak dari rumah ke ERL di BTS utk ke LCCT.  Jom sudi sudikanlah melayan perjalanan kami.

Mentari pagi mengintai, pemandangan dari jendela 
 Terbang semakin meninggi di awan gemawan ke celah celah awan yg indah.  Sungguh leka dan takjub menikmati keindahan kepulan awan yg unik.
 Selamat mendarat di Lapangan Terbang Telaga Batin KT.  Alhamdulillah.
 Bilik penginapan kami.
 Letak jer bag di bilik, kami terus keluar menyusuri Kg China.  Lebih cantik dan semakin membangun.  Seingat daku di usia 4-6 tahun daku selalu menyusuri berjalan kaki di Kg China dari rumah hendak ke pasar Payang bersama ibu dan bapaku.  kadang2 kami naik teksi (beca) ke Pasar Payang 
 Wajah wajah Tow Kay yang diabadikan di celah dinding dinding bangunan kedai
 Di sini pun ada I-City.  Tak jauh dari Hotel Seri Malaysia.
 Kami round berjalan kaki satu pekan KT ini.  Langsung tak bimbang sebab daku masih cam jalan2 dan laluan bandar KT cuma bangunan ajer yg bertambah tinggi dan bertambah cantik. 

 Di zaman anak2 daku selalu melalui Jln banggol, Batas Baru, Batu Burok, Ladang tempat mainan ku.  Dari rumah ke sekolah dari Balik Bukit ke Sek Ren Sultan Sulaiman kadang2 berjalan kaki bila beca tidak dtg mengambil spt biasa. 

 Pemandangan dari Hotel.
 Taman Tamaddun Islam


Replika Mesjid Negara


 Sebuah Mesjid di Indonesia



 Dome of The Rock.  Di mana ya? Mesjid Al Aqsa.  kami sempat masuk ke dalam.  Konon ada juga replika Batu Tergantung
















Dan Mesjid perhiasan Utk para pelancong sahaja di mana kata pemandu teksi yg membawa kami mesjid yg indah tersergam ini tidak di adakan solat Jumaat. 


Museum terbesar di Asia Tenggara berada di sini - Muzium Negeri K Trengganu.


 DInner-  kari Daging Burung Unta RM17.00 


 Daging Rusa Masak Halia RM13.00

 Daging Rusa Masak  Kicap RM13.00


 Kami mencari keropok Lekor dan keropok Keping sampai ke Seberang Takir


Berehat di Istana Maziah yg menggamit memori silam- nostalgia ku menonton Wayang Kulit, Rodat dan Mak Yong di zaman kanak2 ku.
 Jalang Jalang cari Makang di Pasar Payang 


Anak2ku teringin nak menaiki beca.  Kami pun tahan teksi (beca) dari Pasar payang Ke Stesen bas.  Pusing2 turun naik dlm steseng Bas panggil beca lagi utk kembali ke Hotel penginapan kami.  Satu laluan antara RM6- RM10 satu beca.  Dua beca...dua laluan... gigih Pok Cik ni menggohek becanya.  berat nya kami dgn barang2 yg di shopping..

Tom Yam di gerai Noor ni memang sedappppp..murah, berbaloi baloi...

 Ahmad Albab Yang Puunyaaa




 Jln Kg China





 Jajang kegemaran - Sagong Nyor dgn Gula2 Sarang Burung

 Bekfast 




Jalang Jalang terjumpa TAHI ini
 Celoh Kg China
 Daku dibesarkan saban hari melalui Kg China ini.  Dan kini daku membawa anak2ku menyingkap cerita lama zaman anak2 ibu mrk ini.  Ceritaku lagi pada mereka.  Mlm Tahun Baru China nanti, mereka pasti akan memasang mercun dari setinggi bangunan hingga ke Lantai bumi di setiap bangunan rumah di Kg China ini.  Mlm Tahun Baru China akan meriah berletupan bunyi Mercun tanda Kong Hi Fat Coy.  Pagi esoknya daku sewaktu kecil berjalan berpimpin tangan abahku menyusuri jalan Kg China ini dan terpegun melihat salji merah (kertas2 bakaran mercun sepanjang mlm ) dibiarkan di kaki lima dan jalan2 raya. Salji merah suatu pemandangan yg INDAHHHH...

Dan di tapak Waterfront inilah pernah ada sebuah rumah keluarga Mok Ha dan Tok Su tempat kami mengaji sewaktu kecil dahulu.  Ia berdekatan Simpang Tiga Jln Syed Zain, atas ada Istana Bukit dan juga tempat tinggal daku (Kuarters Meteorologikal terletak atas Bukit Angin berjiran dgn Istana Bukit).    Dahulu di tapak ini juga ernah ada sebuah kedai Kopi China yg kami panggil Kedai Rabik. Mengenang kesah lama boleh membawa seribu senyuman dan seribu tangisan.

Kami kembali ke KL menaiki bas dan sepanjang perjalanan kenangan zaman kanak2 masih bermain difikiran. Senyum, sayu dan rindu.....Pasti daku akan kembali lagi di sini walau pun kampung halaman asal usul Datuk Moyang ku adalah dari Perak/Kedah.  Arwah Aboh ku pernah bertugas selama 14 tahun di Kuala Trengganu, malah sebelum kelahiranku lagi.

Mesjid Rhusila

Terima kasih sudi membaca hingga noktahh ini.  Salam.

26 comments:

sal said...

mengimbau kenangan silam..sangat manis utk diingat..skrg, anak2 dah besar,terasa cepat masa berlalu..alhamdulillah kerana berpeluang utk menjelajah mengenang ingatan dulu....

gadisBunga™ said...

sangat terasa nostalgia disingkap. :)

best rupanya jalan2 kole teganu ni ek! Saya tak penah jejak lagi walau plan dah lama. Mesti pegi!

❤Kamsiah❤ said...

salam
puas melihat gambar2 yg cantik kat tganu...tentu kenangan kecik2 dulu terukir kembali..kala kaki melangkah melalui tempat2 yg penuh nostalgia tu..

Juhariah Johari said...

Terimakasih. Mama terpegun dgn keindahan terengganu. Sgt cantik, sepanjang jln jumpa laut yg airnya membiru.Masjid baru byk dan cantik2 belaka, berukir2.
Muziumnya beso beno tak larat nak jelajah.
Tapi mama tak jumpa tpt keopok losong yg sedap wpun mama singgah membeli tu di losong...( selalunya mama akan minta rasa dulu, beli yg pertama kurang sdp, beli ke 2, kurang sedap juga..hehe terus beli apa yg ada, tak kuasa dah...
Memang ingin lagi ke sana!

ALoNa CintamaniszLite said...

wah...dulu tu kiranya dok kat bandar dh laa ye...
betoi2 tengah bandar...hehe..

ibuintan said...

wow... cantik2 pic, mengimbau nostalgia lama ye

Trengganu antara negeri yg akak suka bawa budak2 merombong

Cho Zila said...

membuatkan akak terus membuak2 nak ke trengganu kite.... mmg kenaler datang banyak kali tempat tumpah darahtu... tempat banyak kenangan...
gambar memang sangat2 cantik.. terpesona akak...

Kakzakie said...

Kakak dah berjanji dgn anak-anak kakak mengunjungi tamadun islam ini kalau ada izin Allah. Makanan di sana memang best macam-macam ada suka:)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Assalamualaikum Mama...

Saya belum pernah ke tempat2 ni, ada pun pergi cuma ke Kemaman tengok org buat tenunan songket kalau tak silap. Tapi zaman2 belajar dulu la.

Seronok bila berjalan dgn anak2 kan. Mencipta satu memory manis kpd mereka.

azieazah said...

Saya pun ada tengok sedikit seumpama dari blog Mama Ju hari tu.

Ternyata Terengganu semakin indah dan menawan, banyak tempat menarik untuk dilawati.

Saya teringin nak pegi.

Ibuhani said...

Saya pun lama x gi Tgganu. Cantik kan...

Kesuma Angsana said...

wah pic2 yg menarik tq share ye. Dah follow sini juga 726

zana fahmi said...

Kakzana ckp kat hubby, balik kelantan nanti kita pergi Trengganu, teringin pergi masjid kristal tu. Nur stay kat mana? nmpk ada masjid Rusila, dah dekat rumah mak saudara kakzana. Kakzana pun ada cerita menarik di Trengganu, kat Chendering. 6 bulan tinggal sana dgn mkcik masa anak dara dulu.

mamawana said...

Assalam Sal,

Alhamdulillah.. sgt teruja, rindu dan gembira kali pertama melalui jalan rumah lama Jln Syed Zain K.T

mamawana said...

Salam gadisBunga,

Ya, mesti pergi sana pulokk... mamawana pun rasa nak pergi dan pergi lagi...

mamawana said...

Salam kamsiah

Bener sekali.. terbayang2 diruang mata ketika mamawana zaman masih kecil dan kurus keding berpimpin tgn dgn arwah abah melalui jalan2 di K.T

mamawana said...

Assalam Juhariah johari,

Ramai yg bagitahu keropok lebih sadep dan lebih murah beli kat Sbrg Takir. Tu yg mama gi naik bot ke S. Takir tu..heee memang sedapppsokmo kopok lekor dia.

mamawana said...

Assalam Alona

Yep, dulu duk tengah bandar kat Bukit Angin..

mamawana said...

Salam ibu intan,

best jln2 Ganu nih dok puas lagi...

mamawana said...

Assalam Cho Zila,

Tmn Tmdun islam tu banyak replika mesjid2 kecil dari seluruh dunia. Yg bleh masuk dua ajer sebab bleh muat masuk. Yg lain tak leh masuk sebab kecil ajer. Sempat jua nengok slide haji kat dlm replika Mesjidil Haram. Bawah bgun leh masuk atas tak leh masuk dpt jenguk Kaabah kecil di tingkat atas. Menarik sgt.

mamawana said...

Assalam Kak Zakie.. pergi jgn tak pergi Ganu. :-)

mamawana said...

Assalam Miss Mirror

Yep seronok jln dgn anak2 . Pergi jgn tak gi bawa anak2 ke sana nanti...

mamawana said...

Assalam azieazah,

Jom kita gi lagi skali heeeee

mamawana said...

Assalam Ibuhani

Best kat sana Ganu nih...nak pergi lagi rasanya. kat Dungun kakak ipar asal Dungun. Ada gak anak buah kawin dgn org Ganu Cbg Tiga.

mamawana said...

Assalam Kesuma Angsana

Tq follow. View yg indah di Ganu so pic pun comel2 belaka. Puas dpt nengok replika mesjid2 dari seluruh dunia di TTdun islam Ganu.

mamawana said...

Assalam zana fahmi,

Saya stay kat Bukit Angin memang tengah bandr KT. Dekat Water front tu ada bukit kecil kat situ. Dari atas bukit kecil rumah kami, kami dpt melihat seluruh bandar KT.... hari2 melihat ombak pecah ombak memutih dari pandangan atas bukit itu. Indah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...