Tuesday, December 18, 2012

Penjual Kueh Yang Pemalu


Assalam,

 Alkesah, di penjuru pinggir sebuah kampung.  Mengimbau sebuah kenangan tahun 2000.  Suatu pagi cerah, cahaya mentari pagi menggigit manis pipi wajah ku.  Aku tertunggu tunggu MakCik Kiah penjual kueh bermotosikal roda tiga.  Selama  5 hari  aku  menghabiskan cuti di kampung itu dan  selama itu juga setiap pagi aku ternanti nanti kehadiran dan deru enjin motorsikal roda tiga Mak Chik Kiah.

Mak chik Kiah seorang penjual kueh yang peramah.  Usia nya mungkin sekitar 50an. 
"Dulu Makchik jual kueh jalan kaki ajer.  Keliling kampung bawak dua tiga biji raga kueh dan nasi lemak.  MakChik ada anak 8.  Bukan senang nak membesarkan anak-anak.  Ada duit sikit sikit inilah Makchik akhirnya boleh beli motorsikal roda tiga ini.  Skrg senang lah sikit MakChik keliling kampung.  Jualan pun bertambah."  hmmm... aku senyum mengiyakan dan kagum dengan semangat dan ketabahan Makchik  Kiah seorang ibu tunggal yang gigih menjual kueh disekiar kampung itu.

Teringat pula kesah Mek Jah  penjual kueh juga di Kuala Trengganu, ketika aku masih berseluar katok di usia 5 tahun.  Setiap hari juga Mek Jah akan singgah di rumah ibubapaku menjual kueh muehnya yg sedap sedap belaka.  Ada pulut Lepa, ada nasi dagang, ada nasi himpit makan dengan serunding kelapa.  Walla...semuanya sedap. Aku rindukan nenek Mek Jah....

Dan pagi itu pula, bermulanya kesah seorang Makchik yg mencuba membuat kueh mueh, roti, ban, pizza dan di letakkan di gerai jiran tetangganya di sekeliling taman perumahan.  Mula-mula hasil yg masuk tak seberapa.     lima enam inggit, kemudian masuk 10 inggit dan dua puluh inggit kadangkala 40 dan semakin meningkat.  Tapi hasil jualan tidak menentu.  Kadang2 habis, kadang2 termenung mengira ketulan kuehmueh yang tidak habis dijual.  Mungkin hari hujan, ramai yg tak singgah di gerai kerana sibuk mengejar bas dan teksi ke pejabat.  Mungkin ramai yang bercuti ataupun mungkin ramai yang pulang ke kampung sebab itu kueh mueh tidak habis berjualan.  Atau mugnkin itu dan mungkin ini.  Pernah suatu ketika kuehmuehnya yg bernilai hampir RM100 nilai jualan dicuri sang gelandangan atau mungkin mat rempit atau mat motor yg menyorok disekitar blok perumahan itu.  Gimana perkara itu boleh terjadi ya?  Allah Maha mengetahui.  Sampai kini tidak ketahuan ke mana perginya bekas2 kueh jualannya yg dicuri pada hari itu.  Dugaan.....

Walau apapun MakChik itu tetap bersyukur dengan rezeki pemberian Illahi.  Life must go on.  Tepung tetap diuli, telur dipecahkan satu persatu ke dalam adunan, margarine, garam gula jadi mainan dihujung jari jemarinya.  

Sesekali membaca berita KLCI stocks jump in early trade, mid morning market, 2013 strategy Outlook....Market Outlook to improve in 2H of next year.   Baca punya baca ... Aku dibuai mimpi.  tepung diuli, garam gula dicampur dalam adunan. serbuk roti, sardin atau kacang merah di sumbat sumbat ke dalam doh.  Satu persatu.  Aku terus dibuai mimpi dengan istigfar, zikir dan tasbih menguli dan membentuk doh di dalam mimpi ku.  Dan Global uncertainty, abnormal weather, Tsunami, decline in housing sector...bla bla bla.... Ada aku kesah semua itu... kerana aku sudah kerasukan MakChik Makchik penjual kueh di atas itu.  Bezanya aku seorang Penjual Kueh Yang Pemalu.


Wassalam.

14 comments:

citarasa rinduan said...

bravoo
cayalahh

in shaa allah pasti berjayaa

IndaMarya said...

salam kenal, tu hidup namanya.kdg2 kita lalui mcm2 pengalaman berharga, sedih, suka, and semuanya kita lalui dgn selamat.bab2 kueh ni msti you pndai kan? thniah.bukan semua pompuan pndai buat kueh zaman ni tau..he he

ida yusof said...

ida prnah baca ksh lme2 mama....mmg mencuit hati.Itulah lumrah kehidupan.Ida pun prnh laluinyer.Yg pntg kita bljr dr pengalaman.

JunAina said...

Kak...walaupun apa yang kita buat yg penting ikhlas, rezeki yg ada berkat.

Nanti gther2 boleh oder kuihlah ye kak...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Keberkatan rezeki yang paling di utamakan :-)

sal said...

mulanya mimpi2..tpi makcik tu adalah idola..


teruskn usaha..
Insya-Allah berjaya..
kita sini mendoakn dan tumpang gembira..

Cho Zila said...

pemalupun tak kisah janji sedap mesti ramai yang datang...

mamawana said...

Assalam CR

Doakan kejayaan mamawana. Tq. Amin.

mamawana said...

Salam kenal IndaMarya

Tu lah main buat kueh, jual kueh last2...menjadik

mamawana said...

Idayusuf

Pengalaman lalu semuanya indah walau penuh tangis sendu krn ia mengajar kita jadi lebih matang dan lebih menghargai erti ehidupan.

mamawana said...

Salam JunAina

Insha allah...gather2 promot kueh...heee

mamawana said...

PokokManggisDepanRumah

Ya seronok mniaga nih walau kekadang kueh tak habis...sendiri ngap ngap lah kasi habis

mamawana said...

Assalam Sal,

Mimpi2 sebut2 jadi betul betul bukan cobaan...

mamawana said...

Assalam Cho Zila...

Ya lah dah biasa ngira akaun bilion2 trillion trillion.. saham jatuh.. finally ngira duit jual kueh seposen dua posen..singgit dua inggit....hrp semakin meningkat usaha dan jualan ku ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...