Tuesday, November 6, 2012

Kepala Putus


Assalam,

Ingin berkongsi sedikit kemusykilan di sini.  Jumaat lepas hamba pergi ke satu Pasar Raya Borong di Jln Kuchai lama. 

Hati berhajat ingin membeli barangan basah spt ikan, ayam dll utk satu jualan amal yg hamba sertai.  Alkisahnya pilih punya pilih ayam dlm longgokan di celahan orang ramai yg masya allah hampir berhimpit2 gayanya nak memilih ayam.  Bila hamba dpt lolos sambil membelek2 ayam.. terperasan antara celah2 longgokan ayam tu ada ayam yg kepala putus spt di tetak, ada yg spt di kerat berkali2 di leher tapi tidak putus.  Kemudian terperasan pulak yg menjual itu berwajah Melayu kah, Myanmar kah, Siam kah?  Tidak dpt ku pasti tapi jelas di lengan salah seorg yg melayan hamba bertatoo di lengannya. Errrk?  Ehmmmm?  Ramai sangat ramai orang2 melayu Islam yg membeli ayam di situ, ketika waktu itu.  

Hati sudah berkata-kata. Walau leher ayam putus sembelihan sah, halal tapi makruh.  Makruh itu bukankah mendekati haram... errrkkk??  Hamba bukanlah ulamak yg arif dlm hal2 sembelihan ini.  Tapi tahulah sikit2.  Cara dia potong ayam kat leher tu bekas kerat berkali2 itu buat hamba simpati pd ayam itu.  Mungkin terseksa dia sekali kerat tak menjadi dikerat berkali kali berkali kali dibiar mati, mungkinkah menggunakan pisau yg tidak tajam atau pisau yg kecil atau pisau yg tumpul tidak diasah.  Ni bukan sembelihan ayam namanya  tapi pancung ayam sekor2.   Belek lagi mana tahu kalu2 terdpt bekas cucukan  kat leher ker?Hmm..kepala otak ligat berfikir.

Bila hati sudah was-was baik ditinggalkan urusan belian itu.  Tak jadi, tak yakin.  Lalu hamba tinggalkan pasar raya itu dgn ragu2, tidak puas hati dan berbagai rasa.  Terus hamba ke Pasar Raya Pak Haji di Bdr Tun Razak.  Hamba pilih2 ayam, belek punya belek dan buat perbandingan ayam di pasar Raya tadi dgn ayam sembelihan di Kedai Pak Haji Halal Hub.  Yezzz......  very the yes.  Leher ayam jelas nampak kesan sekali sembelihan dgn pisau yg tajam, bersih lehernya, bersih kulit ayam tu berbanding pasaraya awal tadi.

Mengikut bacaan ilmu hamba yg cetek ini, kajian saintifik membuktikan penyembelihan Islam adalah yg terbaik.  Ia menunjukkan Islam amat mementingkan kebersihan serta kesihatan.  Pemilihan makanan yg halal dan bersih adalah penting dlm memastikan kesihatan sentiasa berada dlm keadaan yg memuaskan dan memperolehi tenaga yg secukupnya utk beribadah.   Islam menilai dan meneliti sumber pemakannya agar datang dari sumber yg halal dan bukan meragukan terutamanya disembelih secara Islam.

Ins'allah setiap masakan di rumah hamba menggunakan air dari water treatment sebab hamba nak sediakan sajian minuman dan makanan yg terbaik utk keluarga hamba.  Pilih kedai atau pasaraya pun hingga meninjau keadaan si penjual adakah, adakah... Kalu makan di luar pun mesti melihat-menilai pekerja, pelayan,  tukang masak yg kelihatan dari luar adakah........???  Kalu pelayan nyer asyik gelak ketawa sesama mereka sambil bekerja alamat lain kali hamba tidak singgah lagi di gerai itu.  Kalu pelayan memakai baju T-ketat sendat tapi bertudung spesis pendatang semestinya anak2 hamba akan mengajak keluar dari gerai itu atau jgn masuk  utk makan di situ. Ada surau atau tidak di gerai atau restoran itu?   Ah, cerewetnya hamba ini. Ya Allah kau permudahkanlah bagi ku.

Akibat memakan makanan Haram:

Hati tertutup drp menerima hidayah Allah
Susah mendapat ilmu pengetahuan
Ibadat yg dikerjakan sia sia
Memudharatkan kesihatan badan dan kewarasan akal
Dilaknat Allah dan azab di akhirat
Mudah dihasut syaitan

Fadhilat Makan Halal:
Kusyuk beribadat
Mendapat hidayah drp Allah
Mudah menerima pelajaran
Sihat jasmani, bersih rohani dan cerdas akal
Diredhai oleh Allah swt.
Doa diterima Allah swt

Hidup ini memang indah namun fikir fikirkan.  Sepohon pokok yg berbuah lebat, antara buahnya ada yg baik dan boleh dimakan ada yg busuk tidak seswai utk dimakan.   Permisi.  Maafin.  Assalamualaikum


9 comments:

Acik Erna said...

assalam mamawana..suami acik memang tak mau beli ayam dipasaraya..mesti nak pi ke pasar yang betul2 melayu dan islam

❤Kamsiah❤ said...

saya biasa oder ayam kat penjual yg membekalkan ayam ke kedai2 runcit...alah sekor dua ja sekali beli

bab peniaga tu...saya pun sama..kalau nak berniaga tp seksi meksi...rambut tak bertutup..minta maaf la...

yg lelaki pulak..kalau rokok tersepit di jari..saya bye2 ja...

fiqkbe said...

fiq pn x yakin nk beli ayam kt pasaraya tmbh2 yg jaga tu muka cm bangla. fiq lg suka beli kt pasar tani yg confirm org islam jual.

ainnoraini said...

saya selalu beli ayam kat pasar jer...tu pun asben belek2 jugak leher ayam tuu jugak...

Syiera Bucuk said...

haiii...jom join contest n lihat bpe ramai yg suka bergmbar dgn parents mereka....sayangilah ibu bapa kita & jom abadikan kenangan bersama mereka melalui hadiah menarik:)

http://syierahalf.blogspot.com/2012/11/contest-i-love-my-parent.html

azieazah said...

Kalu dah ragu, memang elok diikut naluri, agar tak timbul lagi rasa was-was tu.

faraherda.razalan said...

Sy setuju komen Kak Azie. Klu dah ragu, tinggalkan jelah. Klu yg dah terlanjur, Insya-Allah - Allah permudahkan urusan mrk.

Ibuhani said...

Waalaikumsalam wbt.....betul tu mamawana. Pemakanan mmg penting dlm hdp kt sbb ia akn menjd darah daging n tertutupnya ht dr menerima segla kebaikn! Punca rezeki terutamanya!

ALoNa CintamaniszLite said...

dulu sy boleh jgk nk beli ayam kat tesco dan giant..tp sejak 2 tahun dulu mcm tak yakin pulak, hoho.

Sebenarnya lebih senang nk beli ayam kat tempat proses ayam tu lagi. Kat pasar malam..pasar biasa yg orang Melayu kita yg jual tp kekadang bila dh gi tesco tu..malas lak nk kuar esok pagi ke pasar. Tu yg beli tu. Tp skang ni...beli kat pasar aje lah. Dh terang2 dia amek ayam2 tu dari tempat penyembelihan tempat proses ayam yg sy tau lokasinya, hoho..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...