Thursday, October 25, 2012

Salam Idil Adha



Assalam,


Sahabat
Ada yang mengeluh.
Nak buat Qorban tahun ini?
"Tapi, duit tak cukup lah.  Aku nak pakai duit untuk beli hanfon baru"
" Takdak duitlah nak qurban.  Nak gi holiday."
"Tak jadilah. Tunggulah tahun depan."
"Lain kali lah".
"Ah, mana cukup duit.  Duit gaji habis beli belanja pakaian baru, rokok, topup hanfon, make up, vitamins, collagen, shopping bla bla bla. Mana ada duit nak kurban"




Sahabat,

Rejeki kita melimpah ruah sebenarnya.

Sepuloh ringgit, dua puloh ringgit , tiga puloh ringgit, bulan demi bulan.  Genap setahun sudah terkumpul RM360.  Cukup untuk buat korban Idil Adha satu bahagian. Qorban di Kemboja, Rohingya antara RM250-RM280 ajer.  Di KL antara RM350-RM380.00.  Di Indonesia sekitar  RM400.00.  Tepuk dada tanya iman.

Andai bijak berbelanja. Berhentilah merokok.  Sehari jimat sepuloh ringgit.  Kalu sebulan berapa yang terkumpul, cukup setahun.  Masya allah.  Beratus you.  Beribu you lebih dari cukup utk kurban satu bahagian.

Kurangkan membeli lipstick berjenama mahal.
Kurangkan berbelanja pakaian setiap bulan.  Shopping baju time raya jer boleh?
Berbelanja, makan, minum, berpakaian biar bersederhana.  Bolehh gitu.?  Mungkin ada yg akan berkata.. duit aku, aku punya sukalah. Kau hado? Kau tak hado diam!
Astagfirullah....

 Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.   (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Hikmah dan Fadhilat Qurban

  • Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
  • Mendidik jiwa ke arah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  • Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
  • Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan  Allah s.w.t.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
  • Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."

    Renung renungkan lah.








6 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Mamawana,
berkorban apa saja.... selamat menyambul eidul adha buat Mamawana sekeluarga.

Acik Erna said...

Assalamualaikum mamawana..insyaallah..walaupun tidak setiap tahun

Dinas Aldi said...

Salam Mamawana. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan.

Salam kenal :)

ibuintan said...

selamat hari raya... insyaallah, moga terus dilimpahi rezeki

zino said...

tahun ni korban di Manipal India, tempat kakak belajar nun..

Ibuhani said...

itulah korban namanya....salam aidil adha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...