Saturday, October 6, 2012

Riadah dan Terapi Minda

Assalam Teman,

Doktor berpesan, banyakkan rehat, tidur yang cukup dan jangan tinggal riadah untuk kekal sihat, bertenaga dan jauhi dari penyakit yg tidak diingini. Hmmm... Semangat pun berkobar-kobar, pagi minggu yg lalu jenuh talipon jiran dua tiga rumah, ajak pergi riadah bersama.  Sayangnya semua ada urusan, balik kampunglah,  ada hal lah  bla bla bla.  Well,  akhirnya berjaya juga daku menghirup oxygen segar  jam 7.30 di Tmn Tasik Permaisuri.  Lapang dada menikmati keindahan kolam taman tasik.  

Pusing kolam satu round.  Lama juga tidak menikmati keindahan bunga teratai.  Lihat pepohon teratai memenuhi pinggiran kolam.  Cantikk..  Mahu saja ku petik buah buah teratai yg terdapat di kolam itu.  sayangnya kenapa tiada orang memetik buah2 teratai yg terbiar layu kecut begitu shj.   Pekerja DBKL, penjaga taman sepatutnya dibenarkan memungut buah2 teratai yg banyak itu.  Dimasak buat sayur.  Sedappp.....hhmmm.... kalu di jual pasti daku membeli buah2 teratai itu.  Jamu mata aje laaaa...


  Terdapat pulak cara senam robik anjuran DBKL.  Wah.. apalagi mesti turut serta, 1 jam berkeringat dan menyeronokkan.  Diiringi lagu China, Tamil, lagu2 me dayu2,  Ombak Rindu dan Lagu Oppa Gangnam Style.  Gamat you... Join jgn tak join.



 Riadah , terapi minda, jauh dari kepenatan dan stress otak bekerja di opis.  Rasa nak cuti panjang ajer..  Makan tidur makan tidur... 

 Berangan nak jadi jutawan, nak jadi orang kaya yg tak perlu kerja keras spt aku yg kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.   Duit gaji hujung bulan habis bayar hutang.  Huhuhu... Best ka jadi orang kaya yg tak perlu bekerja?  Tak best kan, jemu kalu tiada satu apa yg dpt di buat utk mengisi waktu.  Wang tidak dapat membeli segala2nya.  

Walau ringgit berlambak, katil puluhan harga tapi belum tentu dapat membeli tidur yg nyenyak.  Wang jutaan ringgit boleh membeli sebuah rumah mewah tapi belum tentu dpt membeli sebuah rumahtangga yg bahagia.

 Bila stress layan cerita Hindi.  Aap Ki Khatir di TV3, petang Sabtu tadi.  Tapi tetap stress sebab atas nonton TV bawah nya sambil wat research.  Kerja kerja kerja.....amekkau.  Terapi minda, stress buat kerja sambil mata curi2 nonton citor Koling nih. ahakks.  Menyelam sambil minum.  Buat dua kerja dalam satu.

hohoho.....

Dan sangat terapi minda tatkala memanjakan anak kucing ku si Epit ini.  Nengok .... bila daku bersila ngadap TV dia datang duduk celah kangkang sila nak di tepukk2an manja manjaan.

 

Antara riadah, menonton TV dan membelai kucing adalah sbhgian dari aktiviti terapi minda ku untuk minggu ini.  Sekian,  terima kasih sudi membaca repekkan enri ini.


8 comments:

Acik Erna said...

assalam mamawana..seronok jugak dapat beriadah kan..

Iffah Afeefah said...

waa cite best ke hindustan tu? rgi xtgk

[PCL] said...

assalam mamawana, apa khbr?..pcl x penah makan buah teratai..sedap eh?

azlina 2 said...

bila baca n2 ini seronoknya tgk beriadah lama tak pergi tmpt2 beriadah ni..

mamawana said...

Salam AchikErna ku sayang

Memang best beriadah.. lega dapat oxygen kat taman..

mamawana said...

Iffah Afeefah

heee...best gak layan hindi sesekali

mamawana said...

Salam PCL

Cubalah try biji bunga teratai tu...sedap.. kat restoran Jepang ngan China siap masak sayur buah teratai tu...sedappp

mamawana said...

salam azlina

Jom riadah kat taman...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...