Saturday, October 27, 2012

Maha Ghaib



Aku menyintaimu suatu ketika dahulu
Tersembunyi segala rasa pilu menanti
Pedih mengilu

Aku bercinta lagi tentang dia 
Di tanah suci
Terik panas pasir 
Bumi Tanah haram
Aku terus menyintai dia
Dan hampir melupakan Mu

Kini aku kembali
Menyambung  CINTA ini
Senyap senyap
Diam Diam
Kerana aku seorang pemalu
dengan dosa dosa lalu
Aku terus menyintai MU 
Sembunyi sembunyi 
Mungkin aku tidak layak
Tapi aku mahu terus menyintai Mu 
Secara ghaib
Kerana Engkau Maha Ghaib


4 comments:

zino said...

salam aidil adha....

sal said...

cintaNya yg agung..cintaNya yang suci....
tak pernah bertepi..selagi brnafas..moga Dia memayungi kita dengan ketakwaan dan keimanan pemberianNya..Amin

Tihara said...

as salam

salam aidil adha..tersentuh..

azieazah said...

DIA Maha Mengetahui...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...