Monday, October 8, 2012

Kebesaran Allah - Dia Yang Ku Ziarahi


Assalam

Alkesah satu cerita
Hampir 30 tahun kami berkawan
Sejak remaja gurau gurauan
Sendaloka gelak sakan
Namun sejak 5 tahun lalu
Ujian Tuhan mendatang
Tragedi menimpa kamu teman
Jadi lumpuh, bisu dan hilang ingatan
Makan minum membuang 
bagai bayi dlm buaian
Aku ziarahi kamu teman
Subhanallah 
Kamu faham segala percakapan
Gelak hilai tawa nan riang
Terima Kasih kerana masih mengenali aku teman
Ku cuba testing masihkah kau ingat
Bacaan Kitab Tuhan
Al Fatihah 3 Qul dan kamu bernyanyi riang
Walhal sebenarnya kamu 
telah ditarikh nikmat perbualan.

(Teman lama mama ini sebenarnya tidak boleh bercakap.  Laksana org bisu sejak 5-6 tahun lalu hingga saat ini.. Dia hanya boleh  memanggil isterinya Bab.!  Bab!  Daku sekadar  menguji andai dia masih boleh membaca ayat2 suci AlQuran.  Masya Allah, Subhanallah, Alhamdulillah.  Allahuakbar.  Dia masih mengingati dan boleh pula menyebut sepatah sepatah sebutir sebutir ikut makhraj yg dia mampu..  Dan selain dari itu dia tidak lagi boleh menyebut percakapan lain selain dari surah2 ayat suci AlQuran.  Kebesaran Allah swt.  Doaku.. semoga Allah swt melimpahi beliau dgn rezeki yg melimpah ruah, kesihatan yg semakin baik  dan mempermudahkan segala urusan beliau sekeluarga dunia dan akhirat. Amin.)


14 comments:

munna said...

semoga kawan mama cepat sembuh ye....

Kamsiah Yusoff said...

salam
DIA telah menarik kembali nikmat yg diberikan...apa yg ada pada kita hanya sementara..

Ros said...

Salam ziarah....

EZAN IDMA said...

saat ini sy amat bersyukur dengan apa yg ada.

Tihara said...

semuga dia cepat sembuh denagn izin Allah secepat mungkin..moga familinya tabah

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Semoga kawan mamawana cpt sembuh.Aminnn

mamawana said...

Assalam munna,

Doa kita semua moga beliau bertambah baik dan pulih. Amin.

mamawana said...

Salam my lovely Kamsiah

Benar, beberapa nikmat ditarik kembali, mama kagum dan ajaib krn Allah swt mengekalkan lidahnya utk melafaz kalimah suci AlQuran.

mamawana said...

Salam Ros, tq visit.

mamawana said...

Salam Izan Edma,

Melaut Syukur kita pd Allah swt.

mamawana said...

Salam Tihara
ya, moga dia sembuh dgn Izin Allah.

mamawana said...

Salam azaiesayang,

Insya allah moga dia sembuh.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Biar telah ditarik satu nikmat, Allah masih mengekalkan satu nikmat (mampu membaca ayat2 suci). Subhanallah.

Moga kwn Mama cepat sembuh.

diana said...

semoga beliau cpt sembuh...tq singgah blg mmD.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...