Friday, September 28, 2012

Kucing Oh kucing - Haiwan kesayangan Rasulullah



Rescued from Neglect, Meet Possum

Rasulullah s.a.w. memiliki seekor kucing bernama Mueeza.  Satu ketika Nabi s.a.w. hendak mengambil jubahnya, didapati Mueeza sedang nyenyak tidur bersantai di atas jubah baginda  s.a.w. Tidak ingin mengganggu haiwan kesayangannya tidur, Nabi s.a.w. memotong belahan lengan yg ditiduri Mueeza dari jubahnya.  Nabi s.a.w. meluahkan kasih sayangnya dgn mengelus lembut ke badan comel Mueeza.

Di ketika lain, setiap kali Nabi s.a.w. menerima tetamu di rumahnya baginda selalu mendukung Mueeza dan di letak di paha baginda.  Salah satu sifat Mueeza  yg Nabi s.a.w. sukai ialah Mueeza suka mengeong ketika mendengar azan dan seolah2 suaranya spt mengikuti lantunan suara azan itu.  Nabi berpesan kpd para sahabat untuk menyayangi kucing kesayangan layaknya spt menyayangi keluarga sendiri.



Kisah sedih kucing dan nenek di hujung usia.  Menurut ceritanya nenek ini meminta pihak hospital membenarkan kucingnya menamaninya di hospital. Demi menghabiskan saat-saat akhir tuannya, kucing itu sangat setia menamani.

Kucing kat bawah ni mamawana temui di Restoran Sup Ani Utara.  Perhatikan  matanya.  Kucing ini juling.  Comel kan.


Yang di bawah ini tak pasti kedai makan mana mama temui.  Nunggu ajer bawah meja mintak cebisan makanan.  Sweet kan.



Si kecik ni pun sama comel jer meow meow mintak huluran cebisan ikan dan ayam.....


Dua ekor ni relax ajer pagi di sebuah kedai pasar basah Bdr Tasik Selatan.  Kenyangler tuuu dapat potongan ikan  kat bahagian penyiangan ikan.





Akhir bicara salam sayang utk semua dan sayangilah haiwan  kesayangan Rasulullah s.a.w.













14 comments:

Acik Erna said...

asslam mamawana..acik suka tengok kucing..tapi tak pernah bela kucing..masa dikampung je ada..dah adaa anak tak pernah lagi dah

Asiah Aisa said...

alolo... comelnye kucing td.. :-)

nur fatihatuz zahra said...

assalamualaikum, kucing memang binatang peliharaan yang sangat manja. kat rumah zara ada 3 ekor kucing.. :)

btw, gambar kucing kat atas ni banyak yang comel-comel. hee

terima kasih di atas info tersebut. :D

jum blogwalking blog zara. tq. :)

azieazah said...

Suka tengok kucing comel, tapi tak pandai nak bela.

ALoNa CintamaniszLite said...

sume kucing comel tp yg paling comel kucing kecik tu...mcm jenis kaki pendek aje, hehe..
Kalo nampak dek anak sy yg pempuan tu..mesti soh amek bawak balik...

YATZAKIE said...

comel kucing ni semua,tp syag sya xbole bela sbb kat rm ade yg smput..hihi

shafiqabdshukor said...

kucing tu kan makhluk ALLAH juga.
kadang2 terkila tengok ad yg pukul kucing la.. dera etc..

Maiyah said...

mmg geram ngan kucing comel2 ni..

Tihara said...

kesian kan tengok kucing2 terbiar...moga ada rezki nak beri meke makan..kadang2 tanpa disedari kita yg sebenarnya tumpang rezeki meke kan :)

::Azura Rahman:: said...

salam perkenalan,

zura suka dan sayang sangat kucing.. dr kecik sampai dh tua2 ni mmg suka sgt bela kucing.. hihihi..

ANIM said...

sedih betul tengok gambar nenek tua dan kucingnya atas katil hospital..

anajingga said...

Maha Suci Allah ,ana memang tak boleh tengok kucing rasa kasih sangat dengannya sama dgn anak2 yg akan beri makan kalau kucing dtg rumah atau dikedai makan...

Anonymous said...

Mamawana kucing juling tu kt ani sup area mna ye?

Domolitosslm said...

Comel!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...