Sunday, August 5, 2012

Sekadar Yang Termampu

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan, senyum selalu..

Alhamdulillah, malam semalam sambil memandu pulang dari Masjid Asyakirin, KLCC nun jauh di langit sayup2 kelihatan bulan bersembunyi di celahan awan malam, malu-malu menampakkan sinarnya.  Syukur sangat2 masih diberi kesempatan menikmati hari2 Ramadhan tahun ini.  

Beramal sekadar yang termampu.  Letihnya, mengantuknya, kekadang bertarawikh  minda terlayang2, mata kuyu mengantuk ..mungkin hanya mendapat pahala berjemaah shj.  Melihat jemaah lain begitu kusyuk, bersungguh2 selepas tarawikh 20 rakaat sambung lagi bertadarus sehinngga jam 12 malam.  Malunya aku.  Apakan daya aku.  Sekadar membaca beberapa helaian AlQuran setiap hari berbanding mereka berjuzuk2. Hari ke 15 mereka mereka semuanya sudah khatam.  Aku, sekadar yang termampu......  

 Namun, alhamdulillah mama sempat juga berbuka di beberapa mesjid seperti tahun2 lalu.  Jamuan foto ini di mesjid An Najhin Bdr Tasik Permaisuri.  Bubur lambuk dan kueh tepung pelita.  Sebungkus Nasi putih berlauk di makan selepas solat mughrib.
Mesjid An Najhin.

 Muslimat menanti waktu bertarawikh.

 Kucing ni berbuka sama dgn kami dan para jemaah di Mesjid Muqarrabin, Nasi Bryani  di sponsor oleh Restoran Mamak Mohd Ali.

 Dan bubur lambuk ini pula di Mesjid Asyakirin semalam.  Kelihatan jemaah selesai 8 rokaat tarawikh dan yg lain menyambung seterusnya ke 20 rokaat.

Bertambah bahagia andai dapat bersama berQiamullail dgn jemaah lain di akhir 10 Ramadhan nanti.  Kenangan lalu, pada mula2 ajer tidur bersusun2, rapat2 macam ikan sardin, macam tidur di majlis kenduri bila tidur di mesjid ini. Anak2 kecil tergolek sana tergolek sini.  Ada kala,  entah anak2 kecil siapa2 yg tidur disebelahan mama, tahu2 kaki comel mereka di muka mama.  Kadang2 bontot berpampers anak2 comel ini elok ajer tersua kat muka mama.  Bila terjaga jam 3-4 pagi kat mesjid2 begitulah keadaannya.  Lucu.  Comel.  Indah.   Ada yg bawa toto, yang bujang, yang remaja, yg berkeluarga, emak ayah, atok, nenek , ipar duai semua datang berqiam di mesjid ini.  Dan ada yg tak tidur2 mengaji AlQuran, bersolat , berzikir sepanjang malam.  Teringat kembali spt suasana haji bila bermalam di khemah2 di Arafah.  Indah.  Ins'allah.  Akan ku buat sekadar yg termampu.  Tuhan, izinkanlah aku terus bersama hamba2Mu yg bersaf2 menuju mencari keredhaanMu.  Amin.

Akan ku laksanakan sekadar yang termampu.

20 comments:

sal said...

syahdunya dapat berbuka di masjid berjumpa rakan2..Selamat berterawih..moga Allah limpahkan hidayah dan rahmatNya

C'Jai said...

Alhamdulillah...masih berpeluang ,berbuka beramai2 berjemaah, dan bertarawih ..Seronok membaca pengalaman mama...
dan Kenangan bermalam dlm khemah di Arafah, itu pengalaman paling mahal dan terindah antara yang terindah....

Cinta Misteri said...

Salam....indahnya berbuka di masjid di langit biru. CiM belum lagi beriftar dimasjid thn nie, insyaAllah mungkin di akhir2 ramadhan nanti bila dah cuti kerja. Sempat untuk berterawih saja setakat ni. Berdoa juga kalau terus berterawih sehingga malam akhir.

Citarasa Rinduan said...

Entry ini buatkan syahdu dihati..
Kerja y asyik tak terhabis2 dihdpn mata hingga amalan kesana tidak ku bawa secukupnya

sekadar solat 5 waktu dan solat sunat y tmampu..

Ya Allah jika kau ambil nyawa ini... Kau ambillah tika amalanku cukup dihitung kesana

terima kasih sbb mengingatkan diri ini ttg solat bjemaah. Hanya mampu berimamkan en zalie...

Moga esok2 saya akan tingkatkan amalan lain....

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Saya lagi la amat sedih... si adik (lelaki) mmg rajin mengikut ayahnya berterawih, mamanya nak ikut tapi si kakak tak mau pula.. byk homework katanya.

secangkir madu merah said...

Alhamdulillah dapat mamawana meluangkan masa dimasjid2 utk berbuka dan berjemaah... pengalaman yg sgt bermakna...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.Wana,InsyaAllah,kita buat yg trmampu....atie & Hb pon suka bertarawih di merata2 masjid...berimamkn imam2 yg berlainan...seronok.

Acik Erna said...

assalam mamawna..mana hilang komen acik ni.
acik tak pernah ada pengalman berqiam di masjid.
yang ad pun disurau masa kecik2 dulu diawal solat..sapai tidur disurau untuk bersolat 5 wktu

Embun Melati said...

Assalam mama..:)

Syukur mama masih lagi gagah menunaikan ibadah..tak mengapa buat sekadar yang termampu..biar sedikit asalkan berkualiti..:)

Semoga mama sentiasa sihat..aameen..:)

Maiyah said...

alhamdulillah
kita msih berpeluang
melakukan ibadah
moga akan peroeh kemenangan

ieda said...

ye kak .. bila tiba waktuu tarawih rasanya macam diri nieee teruk sgt2 .. saya disini buat lapan + witir punn dah melayang2 rasanya ..

cuma selalu saya pergi ke masjid yg ima dia cergas sikit .. lajuu ekkee
kalau yg leweh2 tuu memang ramai yg lena dlm semayang kak ekkee ;)

Kak yon said...

akk pun buat mana yg termampu..

Centado said...

alhamdulillah
semoga semua kita mendapat keberkatan dan keampunan Allah pada Ramadhan kali ini.

budoxesquire said...

samalah~ buat hanya yag mampu. xmakan more pun.

azieazah said...

Syukur... Sangat bertuah bagi yang berpeluang dan terpilih mampu melaksanakannya.

MOKCIK AZWA said...

Seronok membaca pengalaman mamawana berqiam di masjid... teringat zaman student dulu berqiamulail di surau hostel.. bila ada anak kecil ni memang terganggu sedikit usaha nak berjemaah kat masjid, nanti si kecil mengganggu konsentrasi orang lain nak beribadat huhuhu

ALoNa CintamaniszLite said...

Sy tak penah berbuka pose kat masjid...tp kat surau penah lah, hehe..

Nk gi terawih pun masa waktu isyak tu lah....

Ibuhani said...

Alhmdllh......smoga kita diberi kesmptn beribadah sprti ini lg. Insyaallah!

mama ju, said...

Salam sejahtera mamawana,
Tkasih dtg...
Selamat beramal . seronoknya dpt tukar2 masjid. Mama hanya boleh keluar jumaat, sabtu ahad je, hari lain kena jaga ayah mertua.

anyss said...

Assalamualaikum,
Tak apa sikit2...lama2 jadi gunung kinabalu ;)

semoga berterusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...