Friday, August 31, 2012

MERDEKA - Janji yang Benar

Assalamualaikum,

Sumber: Yahoo  Images
Alif, Laam, Miim.
 (1) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;
 (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
 (4) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Mohon share sedikit perkongsian ini.  Hamba tidaklah pakar ilmu agama, sekadar secalit pengetahuan ini ibarat setitis ilmu di lautan.  Iman org awam senipis bawang.  Sekadar ingin berpesan2 pd saudara maraku andai terleka .. jemput klik sini (Bila Aku Lupa Tuhan ) krn kadangkala aku juga lupa Tuhan.  Astagfirullahil aziim.

Teringat ada seorang rakan berpangkat kakak mohon aku doakan agar dia rajin solat 5  waktu.  Katanya solat nya sehari sekali kadang2 dua kali kadang2 langsung tak solat sebab sibuk memasak, mengemas rumah dan jaga cucu seorang.  Ins'allah memang akan ku panjatkan doa utk kakak ini.  I am nobody.  Org awam yg iman senipis bawang.  Adakah doaku utk kakak ini diterima nanti?  Wahai Tuhan.....  Kasihani lah kakak ini.  Makbulkanlah bisik hatinya yg teringin utk solat 5 waktu spt orang2 lain yg sempurna bersolat 5 waktu.  Permudahkanlah urusan hariannya.  Lindungilah kami dari kelekaan duniawi.  Aku juga sering terleka.  Astagfirulahil aziim.

Pada sisa2 usia ini mungkin esok atau lusa kita pergi mengadap illahi.  Janji Allah itu benar.  Alhamdulillah syukur Kita hamba yg MERDEKA.  Indahnya kehidupan ini.  So very beautiful.  Dalam pahit getir kehidupan ada kemudahan, dalam kepayahan ada kesenangan. Biar airmata bertakung dan melaut di atas sejadahMu.  

20 tahun dahulu seorang abang pernah menyangi autograf mama dgn maksud ayat dibawah ini:

Al-Insyirah/Al-Sharh ( Surah 94 : Ayat 1-8 )
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ 
(1) وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ (2) الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ (3) وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ (4) فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (5) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (6) فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ (7) وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ | 8
Tidakkah Kami(Allah) telah melapangkan dadamu (ya Muhammad). (Kini hilangkan daripadamu kerisauan, sehingga kau tenang, rela karena yakin terhadap janji Allah dan pertolongan-Nya). Dan telah Kami ringankan daripadamu beban-beban yang berat. Yang memberati tanggunganmu. (Yang berupa tugas menyampaikan risalah wahyu yang diturunkan oleh Tuhanmu, meskipun kau mendapat tantangan dari kaummu). Dan Kami naikkan (tinggikan) sebutan (nama) mu. (sehingga sebutan namamu selalu disebut di samping nama Allah dalam dua kalimat syahada). Maka sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (daripada suatu amal soleh) maka bersusah payahlah (berusaha melakukan amal soleh yang lain pula). Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.


Bagus sekali ayat di atas jadi amalan harian.   Di setiap kepayahan ada kemudahan yg Allah swt sediakan utk kita.  Asal kita berusaha. Berusaha mendekati AL Quran.  dari Alif Lam Mim...  Janji Allah itu BENAR.  Janji manusia........?  Salam MERDEKA.




11 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam k.wana.Apa kabar?Camna raya lepas...meriah?

Acik Erna said...

assalam mamawana..janji itu pasti benar..terima kasih kongsikan yang baik2 disini untuk kawan2 semua

ALoNa CintamaniszLite said...

mm...kuatkan iman.
Solat adalah tiang agama.

kakcik said...

Solat itu sebenarnya lebih mudah dari rukun Islam yang lain tapi amat sukar untuk kita lakukan! :(

Maiyah said...

slmt hr merdeka

moga Allah beri hidayah

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear mamawana:)

Indah sekali peringatan dan pengisian dari mamawana....:)
Terima ksh ..
Sememgnya kita semua saling memerlukan..saling ingat mengingat.
Semoga kita sama2 sentiasa diberikanNya hidayah..dan dicampakkan di hati kita Nur dariNYa..
Ya Allah...jangan kau memalingkan dari kami setelah Kau memberi kami petunjukMU.....Moga kita sentiasa dalam redhaNya jua....
Amin....

Ibuhani said...

As Salam mamawana.....insyaallah..Allah SWT menghargai setiap permintaan ikhlas hambanya. Mulianya ht setiap insan yg mendoakn hambanya yg lain. Buat saya terharu jugak ni.............smoga Allah SWT menjdkn kita semua hambanya yg sentiasa bersolat.

Atiqah Wadiah said...

nice sharing..tq sudi share :)

gadisBunga™ said...

setiap kali terasa payah, ayat tu yang saya baca dulu.

sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat kan?

zino said...

salam merdeka...

amir aizat said...

nice entry :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...