Tuesday, August 14, 2012

IFTAR di Sungai, Bukit dan Hutan Menghijau


Assalamualaikum,

Entri kali ini lain dari yang lain.  Satu pengalaman indah dan manis.  Tanpa diduga, dijangka, macam tak percaya bila Allah swt menginzinkan hamba mengikuti perjalanan sebuah kembara.   Di mana ya?
|
|
|
|

Jauh dari hiruk pikuk  bandar dan kota metropolitan.  Tiada wifi, tiada liputan mobile. 
Berlantaikan belahan buluh yg diikat rapat2, di sinilah kami tidur sepanjang malam. Aircond dengan kesejukan semulajadi.  Sunyi hanya dengan gemersik suara unggas2 kecil.


Bertemankan kucing milik tuan rumah.



Walau usang di luaran, inilah Balai Istana Buluh yg memberi kami tidur dgn mimpi mewangi yg enak di selubungi kabus malam yg mendingin mencengkam ke tulang ... Tanpa selimut  tebal. tanpa bantal yg gebu mengalas kepala... hanya lembek nipis dan tidur berbantalkan lengan.




Siangnya kami bergotong royong memasak .  Lauk pauk biasa2 tapi enaknya menjilat jari....

Berkampung berkawah, berkayu api dan jelaga belanga hingga pedih2 mata kami ketika sessi memasak.
Yang Ketua, yang berpangkat, yang berjawatan sama2 menyinsing lengan memasak mengacau bubur lambuk yg sedap banget....  :-)



Taraaaaaaaaa............ menanti waktu berbuka puasa.

Buffet Nasi Bryani, kari ayam, sayur acar nenas dan timun, nasi goreng, ikan pekasam goreng, papadom, minuman sirap, teh panas, teh tarik ,  asamboi yg dingin menuruni melalui anak tekak....hmmmmmmmm sedapnyerrr



Bersama anak2, rakan teman, jiran tetangga.  Siapa kami ya?  Yang berwajah ceria belaka.

Bersama Suku Temiang di pendalaman Perak.  Sebuah perkampungan orang asli.
Anak2 mereka yang lucu.
Anak2 yg comel.  Abai kan ibu itu.  (Itu bukan Ibu orang Asli Suku Temiang ya.  Itu orang Asal Anak2 Peghok...hehehe)

Melalui pengalaman lucu menaiki lori kelapa sawit beramai2...yuhuuuu... say cheese.....




Inilah kami.  Antara para peserta wakil2 dari Goup Volunteers KL/Rukun Tetangga/Univ. Teknologi Petronas /ADABI.  Sponsorship dari Kump Karangkraf.  Dr. Tuah pun turut serta.

Karangkraf 1 bas, UTP 1 bas, RT 1 bas... Grup 4 Wheel Drive.  Bayangkan kami di escort disepanjang perjalanan dari KL hingga ke pendalaman sekali sekala siren berbunyi nyaring.  Memang satu  progrem yg hebat dlm menyantuni saudara se Islam kita di pendalaman.

Disertai juga media Sinar, TV Al Hijrah membuat liputan /penggambaran disepanjang perjalanan dan aktiviti kami dalam  Ziarah Mahabbah LANDAP 2012. 
dengan misi penyampaian agihan pakaian raya, barang2 dapur, agihan kuih raya, agihan duit raya dan berpeluang pertama kali (bagiku) melihat tarian Sewang.

Selamat Datang dari Kg Landap, Jalong Tinggi, Sg Siput Perak.  Pertama kali seumur hidup kemer bertemu wajah, bertentang mata bersalam dengan orang asli Perak yop...
Tukang hiris bawang, hiris cili, potong nenas, kentang dsb pun di kenakan memakai apron sumbangan ADABI di Ketuai Chef Kak Melah yg hebat masakkannya.  Kemer eksyen bergambor sekejap berlatarbelakangkan surau.
Sangat pemalu gadis2 remaja suku ini.  Lari2, sembunyi sembunyikan wajah bila di ajak bergambar.

Ini Puteri yg comel cucu Chef Kak Melah. Terhibur dgn keletah dan kemerduan suaranya yg manja. Usia 2 tahun lebih.

Daku sempat snap2 gambar Puteri dgn kakak Wana di pinggir sungai yg dingin , indah dan nyaman.  Tatkala berendam dlm air sungai yg dingin ini... subhanallah sejuk dan enak banget...

Barang2 agihan  yg selamat diagihkan selepas solat jemaah Isya/Tarawikh.  Beribu2 bungkusan.

Dan lagi..........

We were here...........

Volunteer dari Africa student UTP kalu tak silap ...........Spesis Obama.  Sewaktu ku interview katanya dia beragama Kristian.. namun bapanya Islam.  Kristian kerana dibesarkan oleh ibunya seorang Kristian.   Dia  berpuasa juga...respect muslim katanya.  Hmmm..Semoga diberi taufik dan hidayah.  Jenuh kami bergambar dan bermain air sungai di kelilingi pemandangan alam semulajadi yg cantik

Bergambar sebelum pulang.  Sementara menanti lori ka kereta ka motor ka ..apa shj yg sudi membawa kami keluar ke jalan besar kerana bas yg membawa kami tidak dapat masuk sampai ke perkampungan itu.  Semasa datang semalam kami  enak2 naik 4WD.  Tapi mereka sudah pulang awal sebelum sahur lagi.....Tinggalah kami satu bas shj bergerak kembali ke Kuala Lumpur dan selamat sampai jam 6 petang hari Ahad semalam.


Sabtu Ahad yg indah dgn pengalaman manis IFTAR bersama Suku Asli di  Landap,  Kg Jalong Tinggi, Sg. Siput Perak.  Ada rejeki ingin sekali menziarahi mereka lagi. Ins'allah.



16 comments:

ALoNa CintamaniszLite said...

Best lah akak berpeluang join aktiviti mcm ni.
Yg tak tahan tu tgk sungai dia...rasa nk berendam dlm sungaiiii aje ni, hahaha..

bujal X said...

comel jugak minah afrika tu~~

*adabi sponsor eh? he~~

@YUNID@TI said...

btul la... mesti seronok joint kan

Maiyah said...

meriah.. mmg seronok
rmai2 berganding bahu ;)

slmt hr rya
maaf zahir batin

❤Kamsiah❤ said...

seriusa jeles hehe...cantik sangat perkampungan org asli tu

nanti amik kad raya kat blog saya ya

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my lovely mamawana..:)

Senyum tgk gambar2..
sejuk mata memandang:)
Pastinya memberi makna buat semua yang menerima sumbangan raya tu kan..
ceria je wajah
:):)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Bestnya Mama tempat ni..
"Saudara2 baru" kan mereka ni semua?

JunAina said...

Sekiranya kita menyertai aktiviti begitu ia memberi peluang kepada kita untuk muhasabah diri...

ainnoraini said...

mesti seronokkan...lagi la sungai..mesti sejuk airnya tuu

selamat menyambut hari raya dari saya..maaf dipinta jika terdapat silap dan salah...

mamawana said...

Assalam Alona Cintaku...ihikks

Yep...sangat best... rasa nak join lagi aktiviti mcm ni. ins'allah

mamawana said...

Bujal X

Yep...Adabi sponsor rempah ratus... sodapppp

mamawana said...

ayunidati..yep pengalaman yg bagus banget walau tidur berlapik buluh dan bermandi manda aliran sungai yg dingin ....

mamawana said...

Assalam Maiyah...

Walau mrk hidup di pendalaman namun perkampungan mrk nyaman, indah dan semula jadi jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan yg bingit traffik.

mamawana said...

Miss Mirror ya..mrk saudara baru..

Setiap rumah ada pelihara anjing utk keselamatan dan kawalan kg mrk. Bagus sangat sebab jelas terlihat anjing org asli ini tidak spt anjing2 peliharaan non muslim di KL yg terloncat2 terkinja2 mengejar strangers. Anjing2 OA ini semua tertib taat setia duduk didepan pintu rumah tuannya shj dan langsung tidak berlegar2 tak tentu hala. Anak2 OA juga tidak kelihatan bermain2 kejar2 dgn anjing2 mrk. Aman shj kg ini. Arawah datuk saya dulu pun ada pelihara anjing jaga rumah kami. Samalah lebih kurang anjing atuk dgn anjing OA. Suruh duduk dia duduk, suruh stop dia stop tahu batas2 hubungan sebab kita takleh tersentuh takut basah kena samak najis dll.

mamawana said...

Junaina.. yep...pengalaman yg menarik sgt.. lagi bagus bila satu family dpt sertai bersama. Anak2 sgt excited..

mamawana said...

ainnoraini.. yer ..mamawana memang sellalu merindui sg yg sebegitu indah. Kat kg Perak. sungainya omak ai.. macam sg Rejang Sarawak yg sgt luas dan dalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...