Saturday, August 18, 2012

10 Akhir Ramadhan. Di mana? Di Mana-Mana.

Assalam,

Salam Idilfitri kepada semua pembacaku  yg manis jelita yg hensem ganteng dan yg sudi singgah di teratak hamba ini.

Sekadar beberapa perkongsian foto di hari ke 10 akhir Ramadhan ini. Secebis kesah perjalanan dari sebuah pengembaraan kehidupan.  Sekejap ke sana sekejap ke sini.   Kadangkala hati berkata tidak mahu namun ketentuan Illahi sampai jua kita ke sana.  Lain yg dirancang, lain yg disangka lain pula yg terjadi.  So.. layankan shj biar foto2 berbicara.

Singgah bersolat jama' zohor dan asar di sebuah Mesjid dlm perjalanan ke perkampungan orang Asli Sg Siput Perak. Tanpa dirancang terlebih awal sampai jua daku ke sini bersama rombongan yg hebat (klik sini entri lalu....)


Sejak beberapa bulan lalu, kami masing2 sibuk.  Adakala langsung tidak bertegur sapa.  Dia di department lain, aku di departmen lain.  Berselisih antara lift atau di toilet sekadar.. hi... hi dan bye bye.  Sombongkah dia?  Tidak spt dahulu2.  Itu yg berdetik di hatiku... Namun kelmarin dia berbisik kpd ku.  jom.  Kita gi berbuka sama.  Berbuka sama?  Dimana?  Tanyaku?  Tak ajak si anu ker?  Atau si polan?  (Banyak pulak songeh aku mohon kepastian dia).  Rejeki jangan ditolak. Sekadar menemani dan meraikan pelawaan dia... rakan seopis ku.  Jadi kami pergi bertiga.  Alhamdulillah.  Di mana?  Jom layan foto2 ini.

Jamu mata shj. sangat suka ini Yong Tau Foo tapi tak berkesempaan merasanya.  Sebab  menjamah sesudu dua  nasi dgn lauk pauk dah cukup kenyang.

 Isi ikan ini sangat lazat.  Masak tiga rasa.


 See.  Sayur lebih, taufoo, sambal kerabu mangga

 Tayang ajer, tak makan pun yg ini. 
 Ambil sepotong dua buah buahan ini.
 Wallaweh.. Masya Allah mewahnya jamuan di sini.  Alhamdulillah.
 Merasa sana sini sikit sikit...hmmmmm

 Di mana ya?  Di Hotel Concorde Kuala Lumpur.  Rasanya dah 10 tahun tak singgah makan2 di hotel ini.  Alhamdulillah.



Di bawah ini pula

Alhamdulillah.  Sampai jua berjemaah solat tasbih, solat taubat dlm Qiam di Mesjid Asyakirin malam Jumaat semalam bersama anak2 dan beribu jemaah yg lain.  Ruang mesjid memutih dgn jemaah bertelekung datang entah dari mana kian ramai dan semakin ramai menjelang 3.30 pagi. Bukan niat menunjuk2 dlm beribadah namun begitulah routine tahunan setiap kali menjelang 10 akhir Ramadhan.  Mungkin ini Ramadhan terakhir buat diri hamba yg serba lemah dan serba kekurangan.  Banyak lagi yg perlu dipelajari dan dilaksanakan utk memperbaiki diri.  Marilah kita menambah ibadah menjelang satu malam terakhir Ramadhan ini.  Sayunya hati melepasi diri mu pergi duhai Ramadhan.....


Siangnya,  Singgah pula di sini
 Sabtu petang tadi menaiki LRT ke Sogo.  Salam Eid dari RAPID

 Umat bershopping berkerumut di Sogo.  Sale 80%, 70%, 50% dll.  Anda dah shopping?.  Kpd yang belum jom singgah mai SOGO.


 Berbuka di Maju Junction.


Daku sekadar menemani anakanda Kak Wana bershopping.
Di kesempatan ini ku susun jari sepuluh, ampun maaf dipinta, andai ada terguris rasa yg tidak enak sudikanlah memaafkan hamba.  Selamat hari Raya maaf Zahir dan Batin.





16 comments:

kakcik said...

Assalamu'alaikum Hajah.

Di kesempatan ini kakcik menyusun jari memohon ampun Dan maaf sekiranya Ada kata-kata mahupun perbuatan kakcik yang tidak menyenangkan hati Hajah ya.

Salam lebaran buat Hajah sekeluarga. :)

Acik Erna said...

Salam aidilfitri mamawana

❤Kamsiah❤ said...

salam lebaran..

Pn Kartini said...

assalamualaikum my lovely mamawana;-)
salam aidilfitri maa..
Mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap tini ya..
Moga mamawana happy bersama famili tersayng
:-)

secangkir madu merah said...

Salam lebaran mamawana.. balik kampung ke?

Jendela Hati said...

salam aidilfitri

mamawana said...

Salam Lovely kakchik

Selamat Hari Raya. Mamawana pun mohon ampun maaf dari hujung rambut ke hujung jari andai ada tersalah dan silap dlm persahabtan ini. :-)

mamawana said...

Achik Erna.

Lomang ado laie???

mamawana said...

Salam lebaran my sweetie Kamsiah

mamawana said...

To Lovely Lovely Pn Kartini

Moga bahagia mendakap kita semua di lebaran ini.

mamawana said...

SMM

Ins'allah mamawana balik esok ke Parit, Kg Gajah Pulau Tiga... then tour to Parit Buntar, Ipoh mana yg sempat utk dua tiga hari jer...ins 'allah

Rohani M.U said...

Assalammualaikum wbt Mamawana.
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin buat Mamawana sekeluarga. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH SWT :)D. Ceria selalu! IFTAR di sungai, bukit dan hutan menghijau adalah sesuatu yang memberi ketenangan dan keindahan alam ciptaan ALLAH SWT (catatan Mamawana bertarikh 14 Ogos 2012-Selasa). Alam itu indah!

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Mama tak update blog arini?. Pasti busy melayan tetamu kan?. Salam aidil fitri maaf zahir batin Mama.

Cinta Misteri said...

Salam aidilfitri hajjah a.k.a mamawana.. Salam dr jb

Myra Jay said...

Sedapnya tengok menu yang disediakan...
Meliur ;D

Maiyah said...

slmt hr rya
maaf zahir batin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...