Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan


Assalamualaikum

Ahlan Wasahlan Ramadhan 

Selamat berpuasa bagi seluruh wargamaya muslimin dan muslimat sekalian.  Dah kebuntuan idea dan kesempitan ruang waktu untuk mengemaskini blog.  Terlalu banyak event yang hendak dikongsi bersama namun apakan daya.  Mamawana filter ajer lah ya mana yang berkenan di hatiku.  Ngeeeee................

Sediit perkongsian dari google.  Amalan2 Sunat Di bulan Ramadhan yang mulia ini:

1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar.  (Jgn lupa sahur ya, ambil keberkatan di akhir sebelum terbit fajar)
2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Segera berbuka dan segeera lah menunaikan solat mughrib.
3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Setiap ketika dan saat hati memang sentiasa dan digalakkan berdoa , berzikir mengingati Allah swt agar dirahmati, diberi perlindungan dan dibimbingan dlm setiap perbuatan dan tingkah laku kita.
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Ya, jangan sekali kali melakukan sesuatu yg dilarang agama spt berbohong, leka hingga lalai dgn tugas2 pejabat, leka berfacebook ketika waktu bekerja, leka menonton youtube di waktu bertugas.  Nanti rezeki tak diberkati .  (Kalu ada yg terasa jangan marah ek....)
5. Bersiwak atau menggosok gigi.  
6. Bermurah hati dan banyak menderma.  kalu biasa sedekah dua tiga ringgit, bulan puasa ini apa kata tambahi jumlah yg biasa di hulurkan.  Cth pd cleaner pejabat, tukang sapu jalanan, peminta sedekah atau org2 miskin yg kita temui dlm perjalanan hidup ini.
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.  Ya lah, mama pun mengingati diri sendiri agar tambahi bacaan sempena Ramadhan utk mengaut  bonus pahala yg berlipat kali ganda banyakknya.
8. Memberi makan untuk berbuka puasa.  Kalu berbuka di luar rumah cth di mesjid ka hulur2kanlah buah2an potong, kuehmueh atau tamar utk jemaah sebelah menyebelah kita sebelum waktu berbuka.
9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih). Jgn lupa tarawikh, ini part yg paling best, berjemaah di mesjid.  Hati diruntun sayu pilu mengadap Illahi.
10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan.  Yep.  part ini pun paling best jugak.  Berqiamullail di mesjid2 sekitar taman perumahan. Jommm.  Ins'allah.
11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan. Yezzza.  Best..best..best..

Dan bawah ini pulak........................

Jom layan baby kesayangan/anak jagaan saya kat bawah ini.  


 Keluarga saya spesis Dwarf Hamster.  Saya suka makan pumpkin seeds dan  kuaci.




Setiap hari saya exercise atas roda ini, tak kira pagi ker petang ker, subuh, waktu sahur ker.  Bila dah penat saya tidur laaa.  Saya aktif.  Dan tuan saya selalu ajak saya bermain atas tapak tangan mereka.  Tuan saya suka panggil panggil nama saya Fluffy, Fluffy.  Saya suka nama ini.  Chomel kan saya.

Jangan lupa puasa puasa jugak exercise kena buat macam saya ya.  Salam beramal di sepanjang amadhan yg mulia ini.


12 comments:

Acik Erna said...

salam mamawana..selmat berpuasa

nyanyisunyi said...

Waalaikumusalam mama..mekasih bg tips..tang solat tarawih berjemaah kt surau atau masjid yg ida tk dpt buat..mslh kenderaan tkde..nk.jln jauh pulak..

Selamat berpuasa mama..cutenya ank mama ngeee

Maiyah said...

salam..

slmt berpuasa
comel hamster tu

cikmanggis said...

Salam Mamawan..selamat berp[uasa dan terima kasih atas peringatan yang sungguh berguna,Insyallah,

secangkir madu merah said...

Selamat menjalani ibadah puasa buat mamawana dan keluarga

Embun Melati said...

salam ramadan mama..:)

sal said...

Selamat berpuasa, moga dapat keberkatanNya..
terimakasih atas perkongsian tersebut..

kasihibu said...

selamat menjalani ibadat puasa semoga di kurniakan kesihatan yang baik di sepanjang bulan yang mulia ini

Hanim Mahali said...

Salam Ramadhan mamawana. Terima kasih berkongsi ilmu =)

Centado said...

salam ramadhan mamawana
semoga ibadah kita diterima Allah

Ibuhani said...

Salam Ramadhan!

Citarasa Rinduan said...

Tips kesebelas semuanya sangat bguna. Dulu kat sekolah agama dh diajar...
Harap dgn tambahan dan ingatan dari mama nur menambahkN ilmu y sentiasa ada

thanks

ps; dwrf hamster tu... Ingatkan ayu dgn sugar glidder yg telah pulang kesana.. Sedih.. Dia mati 6 hari sblum ramadhan... Salah kami sbb bg buah anggur... Buah tu xelok untuknya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...