Monday, June 11, 2012

Menyelam Berenang Tenggelam Timbul

Assalamualaikum,

Nak kongsi foto2 di P.D lagi  klik  Ilham Resort (promo skit ya).

Anak2 memang suka part nih.  Walau tak mahir berenang tapi boleh laaa sikit2.  Kuak sana kuak sini, nyelam sana nyelam sini berenang ikut style ikut suka hati  pepandai sendiri janji happy.







 Ini master bed room tempat beradu kami.  Ada dua bilik lagi yg masing2 punya dua single bed.  Memang sodap melingkor atas nih.


Bekalan dari rumah spaghetti cabonara  

Kat bawah nih, Spaghetti  Goreng Kampung.


 Dgn jiran di Pantai T. Kemang


 Jam 12.00 tengahari check out.  Singgah di Teluk Kemang, P.D.  Makan2 lagi.  Nak berposing dgn Kuda padi ni kena caj..kata penjaga kuda itu.  kalu naik kuda..kena caj itu takpa laa kan.  Ini bergambar pun kena bayar.  Seingat mama, masa kat Mekah , kita bergambar dgn unta2 tak pulak kena caj apa2.  Hmmm.. MPPD sila ambil  perhatian perkara2 begini.    Kami pun belah.  Snap foto  kuda ni dari jauh ajer.


  

 Pantang ketemu kucing jalanan.  Ini kucing pantai T. Kemang.  Chomel sanagt, mesra, manja ,  kami pun beli keropok lekor jamu dia.  Dgn lahapnya dia makan.  Kucing ni bunting.. Bila kita sembang2 dgn dia pandai plak dia menjawab jawab mngeow ngeow macam paham ajer apa yg kita cakap.   gerammmnyaaaa... rasa nak bawak balik rumah jer...



  Remaja pempuan bertudung biru berbaju biru ni singgah ke setiap meja makan 'ngutip sedekah/derma' di gerai2 makan di Pantai Teluk Kemang . Satu hari berapa ratus RM dia boleh dapat ya?  Tinggi lampai segar bugar..ada rupa.  Tapi bila perasan kami belik2 camera ke arah dia cepat2 dia lari tak berani mintak2 duit kat kami  daa..

Kalu buat gathering blogger kat sini next December ka.. ada tak saper2 sudi join?  Kongsi2 bayar satu apartment.  Utamakan yg ada anak2 kecil .  Kalu penuh tak dapat extra room kena cari hotel lain yg lebih murah.  What say you?  Sekian, wasallam.


20 comments:

kakcik said...

Bagus juga cadangan nak buat ghatering tu, tapi kena rancang dari awal. :)

JunAina said...

Kalau ada kelapangan pada tarikh yang dipilih boleh le join...

Cik Ecah said...

seronoknya berenang2 di kolam ;)

Acik Erna said...

assalam mama ..kalau tak kena ada kenduri sedara rapat...insyaallah boleh join ni

Ibuhani said...

lamo dh x berenang2 ni sejak anak2 dh besar ni dia org pn dh malu2 nak berenang2 ni......bilo nk wat gathering2 tu? Cm seronok yo bunyi eh...

Ibuhani said...

lamo dh x berenang2 ni sejak anak2 dh besar ni dia org pn dh malu2 nak berenang2 ni......bilo nk wat gathering2 tu? Cm seronok yo bunyi eh...

Nida said...

Lama tak mandi kolam dan tido hotel.. hehe

MOKCIK AZWA said...

bergambar dengan kuda kena bayar..eh eh macam kat MAHA la pulak..bergambar dengan burung kakak tua kena caj RM10..

Myra Jay said...

Bestnya nak buat gathering :)


Budak tu takut kalau diupah oleh sindiket tertentu, kesian dia..

akuzle ayu said...

cdngan yg baik tp abah kata nk sunatkan imran bulan 11...wowowoowowoooo

mamawana said...

Assalam kak chik

Ya...baguskan dapat santai2 blogger ramai2 kat situ.. ins allah

mamawana said...

Jun aina.. jom join nanti bulan December ka..

mamawana said...

Cik Ecah.. memang seronok berkolam kat Resort sini..

mamawana said...

Acikerna.. nanti gathering boleh laaa join ya.. heeee December orait ka?

mamawana said...

Ibuhani..

Malu gak. Tapi kat sini pakai suit berenang covered suit muslimah.. boleh berenang dgn ayunya. heeeee

mamawana said...

Nida... heeee mandi kolam best... mai sini

mamawana said...

Mokchik Azwa.. Ya laa...rasa cam tak patut jer nak bergambar pun kena caj..

mamawana said...

Myra Jay... best kan kalu kita gathering kat situ

mamawana said...

akuzle ayu.. bulan 11 sunat kita wat gathering bulan 12...leh?

C'Jai said...

suka tengok dak kucing tu...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...