Sunday, June 17, 2012

Mengenang isra' dan Mikraj: Banyak nya dosa..

Assalamualaikum,

Kelmarin dan semalam yang hujan. Petangnya,  bergegas berlari ingin menyorok dari hujan yang rintik2.  Terpandang iklan ceramah Israk mikraj di Mesjid berdekatan rumah.  Hmmm... insya allah, akan pergi utk berjemaah magrib , isya  bersama muslimin muslimat menghadiri Majlis Ilmu ini.  Semoga Allah swt permudahkan.

Terkenang peristiwa  Rasul s.a.w. dalam ekpedisi penerbangan ajaib  Isra' Mikraj antaranya:

1.    Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Mama teringat  ada seorang lelaki tua yg mama kenali  pernah berkata "ah, buat apa sembahyang, asal kita baik cukuplah.  Engko semayang pun belum tentu masuk syurga."  So, seluruh anak2 tidak diberi pendidikan agama dan isteri beliau tidak di didik utk solat.  Walau sudah beberapa kali mama bawa isterinya ke mesjid bersama2 menghadiri majlis ilmu tetapi sepanjang ceramah tersebut mama perasan sang isteri ini hanya tidur hingga majlis ilmu  selelai.  Sedihnya hati... Semoga mereka sempat  bertaubat sebelulm terlewat. Amin.

2.    Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

Sedih bila terkenangkan salah seorang teman lama mama pernah terjebak kerja terkutuk di atas.  Selama mengenali beliau mama tidak tahu aktiviti gelapnya.  Entah bagaimana kerana mungkin dia sangat percayakan mama lantas tanpa segan silu dia bercerita kpd ama apa aktivitinya selama ini.  masya allah.  Terkejut bercampur debar dan takut, takut utk terus berkawan dgn dia.  Takut terpengaruh.  mama terus menasihatkannya supaya meninggalkan aktiviti itu dan kembali bertaubat kpd Allah swt.  Sejak mama menasihatinya, sejak hari itu, sejak saat itu juga dia terus memutuskan persahabatan dgn mama.  Entah dimana kini dia, entah apa yg terjadi kepada dia, entah apa nasibnya kini.  Yg mama dpt tahu dari angin lalu dia telah bercerai  dgn suaminya, perniagaannya merosot dan  entah... Semoga Allahswt memberi dia kesempatan utk bertaubat.

3.   Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

TAKUTNYA.  Dulu 20 tahun lalu, beli kereta pertama ansuran riba, beli rumah bank riba,  pelaburan ASB riba ker?  Simpanan, dividen, interest di bank....Ya Allah , kau ampunilah dosa-dosaku.  Cepat2 usahakan utk beralih ker ansuran Islamic Banking.

Sekadar renungan.  Wasallam.





35 comments:

Gadis Kampung said...

salam..bagus la saling berkongsi ilmu mengenai kebaikan nie...

Cinta Misteri said...

Insaf CiM...
Tkpala mama, yg pnting mama dh tegur. Doakn sj kawan mama tu selamat, semoga apa yg menimpanya mmbawa dia kembali ke jln Allah

Cinta Misteri said...

Jemput ke laman CiM, ada tutorial yg nk dkongsi. Semoga brmanfaat...trlbh dahulu minta maaf klau tutorialnya menyinggung

Sharinginfoz said...

sama-samalah kita ambil pengajaran

ieda said...

semoga ia dijadikan pengajaran ..
sedih bila mana kita selama ini banyak kelemahannya .. uhuhu

ps : kalau boleh dik , jgn letak varification word kat bawah nie .. cuba tukar ke pop up window .. lebih mesra .. kalau macam vwords nie selalu buat hang ..

Nur-nba said...

Info yang bagus..

nyanyisunyi said...

mama rasa nk menitik airmata baca..takut sebab rasa diripun terlalu byk dosa pada Allah.mudah2an kita diberi kesempatan bertaubat dan diampunkan dosa kita insyaallah

::Misz sunsWeetz:: said...

ASB riba' ker?

secangkir madu merah said...

mamawana, semoga peristiwa israk & mikraj menjadikan kita hamba yg selalu bermuhasabah diri dan sentiasa takut dgn dosa..

mamawana said...

Assalam all

Gadis Kampung..Tq sudi baca2 singgah sini.

mamawana said...

Cinta Misteri..Insya allah. semoga sahabat lama mama itu diberkati Illahi. Amin.

mamawana said...

Cinta Misteri. Tq tutorial itu. emang pun banyak blog yg mama singgah ada word verifications itu.. sangat menjengkelkan.. blog mama pun ada rupanya. Dah cek tadi. Tq.

mamawana said...

Sharing info...ieda

Sama2 kita terus berhijrah ke arah kebaikan. Ins'allah

mamawana said...

Tq Nur nba... c u again

mamawana said...

Nyanyisunyi.. sedih dan risau. ins allah semoga dipermudahkan segala amalan kita. Amin

mamawana said...

Misz Sunsweet.. tq sudi singgah sini. Baca baca lagi tentang ASB .. hmmmm

mamawana said...

Assalam secangkirmadu merah..

Ya..sentiasa muhasabah diri. Ins'allah.

YATZAKIE said...

salam...thanks share ye.. =)

Adnazthie said...

Selamat menyambut Isra' & Mikraj...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.Wana...pengkongsian kita dlm menghayati pengertian israk mikraj..terima kasih.

Nida said...

Sebenarnya mama, bila dikenang kembali, kehidupan kita ini penuh dengan riba'.. hampir segala pinjaman ada riba'... Ya Allah ampunilah dosa-dosaku

inaku79 said...

terima kasih mama atas coretan ini. kita ni kekadang alpa. bila baca coretan sebgini sekaligus dpt memuhasabahkan diri.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Semoga insan2 yg Mama sebutkan tu diberikan hidayah oleh-Nya.

Terima kasih berkongsi2 cerita sebegini, kita ni memang nak kena ingat2kan selalu supaya momentum keimanan sentiasa berada di tahap sepatutnya.

Cik Ecah said...

bnyak nya dosa sy huhuhuhu

Acik Erna said...

mamawana..acik beli rumah lambat..terus dapat buat pinjaman secara islam..tak tau la macam mana nanti tu

mama ju, said...

Tkasih ke blog mama.Lama mama tak ke sini. Moga ukwah di maya berterusan.
Tkasih juga atas ingatan.

sal said...

MasyaAllah..
moga kita tergolong di kalangan org2 beriman dan beramal soleh..

zino said...

insaf..

C'Jai said...

menghayati apa yang berlaku di sebalik kisah israk mikraj itu yang penting... sekadar menyambut dan mengenang tanpa ada rasa keinsafan ia tdk akan memberi apa2 kepada kita semua... semoga KITA SEMUA dilindungi dari AZAB ALLAH seperti yang tergambar dlm peristiwa tersebut...AMEEN

eelobor said...

terima kasih kerana berkongsi.....

Ibuhani said...

Smoga Allah SWT mengampunkan perbuatan yg lepas2. TQ mamawana kongsi ni!

mamawana said...

Yatzakie...adnathiez... tq sudi visit here.

mamawana said...

azaiesayang... nida....

love you all..

mamawana said...

Inaku... Miss Mirror..

Kita serupa saling ingat mengingati :-)

mamawana said...

Cik Ecah... kita insan biasa beristigfar sentiasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...