Friday, May 11, 2012

Tepung Gandum Benzoyl Peroxide?

Dengan Bismillah dan Assalamualaikum,

Apa khabar semua pembaca yang sudi bertandang di blog mamawana yang tidak seberapa ini.  semoga sejahtera dan dalam keberkatan Illahi semua hendaknya.  Sudah lama mamawana nak masukkan entri tentang tepung gandum yang mengandungi benzoyl peroxide.    Apakah benzoyl peroxide  ini?  Sudah banyak blog rakan2 yang membicarakan tentang bahan ini.  Biar lama terpendam di jiwa kini giliran mama pula berkongsi cerita tentang info di sini.  Sila klik  link berkaitan untuk penerangan yang lebih lanjut.

Sebenarnya sudah bertahun mama dan family mama mengguna dan memakan tepung  gandum (cap sauh, cap kunci dan yg sewaktu dengannya) sebab harga nya murah di pasaran dan mudah di dapati di mana-mana kedai runcit.   Namun demikian, sejak menyedari bahaya benzoyl peroxide  terhadap sistem ketahanan dan kesihatan tubuh mama pun bernekad mengguna tepung jenama lain tanpa bahan racun peluntur ini.  Semoga keluarga lebih sihat dan hati lebih yakin dalam pemilihan makanan yang terbaik untuk keluarga sendiri.



Tepung cap kunci sah mengandungi bahan peluntur ini.    Terpulanglah kepada kita untuk membeli atau tidak.  Terpulang kepada kita memilih mana yg terbaik untuk keluarga kita.


 Kasih beralih arah apabila setiap kali ke supermarket pastikan membeli tepung yang lebih suci, halal lagi bersih dari tercemar dgn bahan beracun.

 Tanpa bahan pemutih dan tanpa benzoyl peroxide.  So, apa tunggu lagi.  Sila tukar segala jenis tepung makanan harian kepada jenama yang lebih terjamin.


I like tepung gandum Faiza tanpa benzoyl peroxide.

Pilihan di tangan anda.

3 comments:

Acik Erna said...

wkmsllam mamawana..
terima ksih share tepung gandum yang tiaa menggunakan bahan peluntur tu..cuma yang susah sikit..tida semua pasaraya yang ada menjualnya..dulu acik suka cap bunga tu..kalau buat apam cantik gebu naiknya..

Pn Kartini said...

Assalamualaikum mamawana:)

Memang berkurun lamanya jugak guna tepung berbahan toksid ...baru sekarang bertukar ke tepung Faiza..:)

Pe2..Moga mamawana sihat2 di sana yaa;)

ummu said...

assalamualaikum Mamawana
mamawana apa khabar?terima kasih atas komentor mamawana di blog saya.
mamawana, kebetulan kami ada menjual produk tepung buatan Muslim tanpa bahan kimia.izinkan saya link kan blog perniagaan tersebut ya;
http://sahabatroselle.blogspot.com/
Cawangan di Puchong pun ada,berdekatan KFC Puchong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...