Saturday, May 12, 2012

Steamed Garoupa


Assalam Semua...

Salam sayang.   Minggu lalu punya lah teringin nak makan ikan kerapu bakar.  Jadi,  singgahlah di Tmn Tasik Permaisuri , ada sebuah restoran  menjamu ikan bakar di situ.  Setengah jam menunggu makan tengahari masih tak sampai2.  Anak Mama, order ikan kerapu masam manis.  Hmmm... terbayang2 dah selera macam orang mengidam jenuh gak menunggu.  perut berkeriiyok.  Sambil minum jus apple.  Lastly, sampai  hidangan di depan mata.  Perut lapar, baca doa terus ngap...ngp...ngap.  Ikan kerapu  bakar masak masam manis itu hanya mampu kami habiskan sebelah ikan shj.  Sebelah lagi kami minta bungkus tapau bawak balik utk dihabiskan.  Hmmm.... Hati berkata2.. 2 org makan Rm50 lebih.  Mahal kah?   Cam rasa tak puas ajer.


Jadinya, kelmarin selepas opis, singgah kedai Pak Haji Bdr Tun Razak dan beli seekor ikan kerapu saiz sederhana.  RM11.00 seekor.  Balik rumah tak sempat tukar baju terus masak.  Steam Garoupa.  Banyak bahan2 yg tak ada dlm peti es.  Tak apalah, guna shj apa yg ada dlm esbok,  resipi yg simple:
Bawang  putih, halia  ditumbuk dilumur pada  ikan kerapu yg siap dicuci bersih.
Perap sedikit sos tiram and garam .  Di kukus hingga masak.
Panaskan kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia  hingga wangi.  Masukkan sedikit air, ciili sos/tomato, seketul kiub knor.  Kalu  suka pedas campur sedikit hirisan cili api.  Garam secukup rasa. 
 Boleh campur belahan tomato dan hirisan karot.  Siap kuah .  Ada rasa masam, manis, pedas secukup rasa.  Tuangkan kuah ke atas kerapu kukus tadi.  Siap utk hidangan makan malam.

 Tak sampai 15 minit makan, 2 orang makan macam piranha... sebelum magrib licinlah Steamed Garoupa itu. Ihiiikkss.......sedap betul ikan kerapu nih.  Lebih enak masakan sendiri.  Errkkk...bukan nak masuk bakul angkat sendiri tapi puas hati makan air tangan sendiri.  Terasa fresh dikunyah macam baru tangkap dari laut ajer.   Burrrppp...............

 

Terima kasih sudi baca. Ma assalamah.

10 comments:

Acik Erna said...

salam mamawana..memng sedap masak sendiri tu..licin..he he

Romantic muslim said...

waw sedapnya :)

Ibuhani said...

kan....kdg2 rasa cm makan kt kedai x berbaloi lebih2 lg kalau x brp nk sedap!

secangkir madu merah said...

bukannya susah masakkan? tak sampai pun setengah jam dah siap satu lauk hehehehe.. makan pun puas hati...

MOKCIK AZWA said...

sebenarnya kan..masak sendiri lagi puas hati..harga pun baru berapa sangat berbanding makan kat restoran hehe..

ummu said...

salam mamawana,kerapu memang sedap kan kalau masak sweet sour ni.anak2 saya pun suka.
p/s; maaf ye mamawana saya lama tak tinggalkan komen di blog mamawana, sibuk sedikit dgn kerja dan persiapan umrah dulu.

Nida said...

Salam Mama....

lihat pun dah tahu sedap, apatah lagi merasanya.... mestilah sedap berganda-ganda..:)

Kump. Adik2 Keluar UMNO said...

Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)
6~BUKTI 6
7~BUKTI 7
8~BUKTI 8
9~BUKTI 9
10~BUKTI 10

~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



Kami Mahu Generasi Muda Terengganu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196

5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1






p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'

ikiqzana said...

Rasa kenyang dh negok ikan garopa tu.. Nak Cuba gak la wat steam nanti..

Salam kak wa.. Pe khabar lama tak singgah sini. Harap anak2 sume sihat.. :))

Adohai.. K wa payah lak post komen Ada not a robot perkataan tu.

Anonymous said...

[url=http://kaufenviagragenerika50mg.net/]viagra deutschland[/url] kaufen viagra 25mg [url=http://achat-viagra-pascher.net/]acheter viagra[/url] viagra vente [url=http://comprarviagragenerico100mg.net/]viagra[/url] generico viagra [url=http://comprareviagragenerico50mg.net/]viagra acquisto[/url] viagra ricetta medica

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...