Sunday, May 20, 2012

Ibu Boleh Jadi Kunci Syurga

Assalam dan Bismillah,

Muhasabah diri:  Pernahkah anda bertanya   pada anak2 kecil  anda, yang remaja atau yg sudah dewasa.  "Apakah perasaan mereka selepas solat?  Adakah biasa2 sahaja atau andai jawapan yg diberi adalah merasa tenang  Alhamdulillah.  Itu tandanya dia mendapat anugerah ketenangan dan nikmat iman dari Allah swt.  

Sedikit rengkasan cerita.  Kata bijak pandai: Tangan yang Menghayun Buaian Boleh Menggoncang Dunia?  Benarkah begitu?  Alkesah di zaman para sahabat Rasul s.a.w. terdapat seorang ibu bernama Khansa yang mempunyai 4 orang anak lelaki.  Keempat2 anak lelaki ini telah bertelagah antara menjaga ibu atau keluar berperang berjihad menentang musuh2 Allah swt.  Khansa telah mendengar perbicaraan mereka yang berebut-rebut hendak keluar berjuang dan berjihad itu.  

Bagi ibu Khansa pula, beliau telah berkata kpd anak2nya "Ibu masih larat menjaga diri sendiri  dan ibu ada Allah dan ibu lebih bangga andai  kesemua anak2 keluar berjihad di jalan Allah.  Carilah ilmu dan belajarlah sampai engkau syahid.  Orang2 yg mencari kematian Syahid sebenarnya hidup. Khansa di gelar Ibu bagi para Syuhada.

Andai kita seorang ibu di zaman ini, peliknya mungkin kita mahu anak2 kita menjadi seorang doktor, seorang akauntan, lawyer atau tokoh korporat yang mampu meraih gaji lumayan setelah tamat pelajaran nanti.  Kita mungkin tidak sanggup melepaskan anak2 berjihad dan berperang menentang musuh2 Allah.  Berbeza dgn kaum ibu di Palestine yg sanggup berjihad dan menggalakkan anak2 mereka berani berjihad kerana Allah.  Sedikit info, kaum Yahudi laknatullah sememangnya akan mensasar utk menembak kepala, jantung dan hati/dada  kanak2 muslim Palestine utk menghapuskan Islam.  

Didiklah anak-anak melalui:
1.  Solat (sebagai pengabdian diri pd Allah swt)
2.  Menutup aurat.
3.  Taati kedua IbuBapa.
4.  Menuntut ilmu
5.  Berdakwah dan berjihad.

Didiklah anak2 JANGAN:
Jangan mensyirikkan Allah swt
Jangan menyentuh arak, zina dan judi
Jangan mendedahkan aurat
Jangan derhaka kepada ibubapa dan Guru
Jangan kekal dalam kejahilan
Jangan menentang dakwah agama dan usaha melaksanakannya.

Barulah seorang ibu itu layak menjadi  KUNCI SYURGA .

Apa lagi yang kita cari dalam kehidupan ini?
"Sesungguhnya solatku,, ibadahku, hidup dan matiku kerana Allah Taala. "  Carilah REDHA ILLAHI, Redha Ibubapa, Redha suami. 

Catatan di atas adalah sebahagian petikan perkongsian ilmu di Seminar Kemantapan Wanita di Msjid Asyakirin, KLCC Sabtu 19 Mei 2012.)


Sepatah dua kata2 aluan dari Ustaz Nasir Ketua Imam 1 msjid Asyakirin, KLCC.

Alhamdulillah Seminar tamat jam 1.00 tengahari utk persediaan solat zohor.  Alhamdulillah. Syukur kerana diberi Allah kesihatan dan kelapangan untuk hadir di   majlis ilmu ini.  

 Seminar Kemantapan Muslimah di Mesjid Assyakirin, KLCC 8.40pagi -1.00 tengahari tadi 19 Mei 2012.



 Para hadirin kaum ibu sekitar 150 orang.  Dapat lagi kenalan2 baru.  Alhamdulillah. 
Cenderahati Door Gift: Surah Yaasin, stokin dan Sejadah Mini yg chomel.  Alhamdulillah.






Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan.  Alhamdulillah.




*********************************

Di bawah ini pula ialah foto2 sambutan meraikan Ibu-Ibu di Mesjid Muqarrabin malam hari Isnin lepas.  Selepas solat Isya kaum ibu dan bapa sama-sama dijemput ke dewan mesjid utk sedikit jamuan.

Seronoknya aktiviti bertukar2 hadiah ini.  Cabutan nombor bertuah pun ada.  Mamawana bagi hadiah juga dan dapat pula sepasang kain ela sbg tukarannya melalui cabutan nombor.  Alhamdulillah


 Selepas aktiviti makan2 bersama jiran tetangga.
Nasyid Ibu Mithali alunan ibu ibu setaman. Majlis tamat jam 11.00 malam.


 Akhir kalam doaku semoga anak2 kita semua menjadi insan solleh yang berilmu, beriman dan bertaqwa.  Amin.

8 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Semoga anak2 kita menjadi anak2 yg soleh dan solehah. Mohon dijauhkan la mereka dari melakukan perbuatan2 terkutuk.. nauzubillahiminzalik.. kan Mama.. mmg sedih bila dengar kes2 keruntuhan moral remaja skrg.

Kamsiah said...

Ingin anak2 jadi yg terbaik,ibu terlebih dahulu mestilah menjadi yg teerbaik...

mamawana said...

Assalam Miss Mirror..
Betul tu. kita berusaha jadi yg terbaik, Semoga doa yg tak putus dari ibu2 dimakbulkan Illahi. Amin.

mamawana said...

Benar sekali Kamsiah. A mother is an angel to their children. Kena tunjukkan contoh teladan yg baik,, selain yg fardhu, banyakkan solat sunat, dekat dgn Al Quran dan dekati jalan para org2 solleh. Insyaallah.

Acik Erna said...

salam mamawana..ameen..insyaallah..semoga anak2 kita menjadi insan solleh

Rohani M.U said...

Assalammualaikum wbt.

Semoga Mamawana diberkati dan dirahmati Allah swt. Ceria selalu. Macam-macam ada...:)

sal said...

besar harapan ibubapa mahu melihat anak menjadi anak2 yg soleh..moga Allah memberkati dan merahmati kehidpan anak2 dan kita sekali...

dah lama tak dengar ceramah agama..sedap pulak sajian tu..berbaloi pergi..hehe

Azian Elias said...

JAZAKALLAH UL KHAIR..

thanks for sharing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...