Tuesday, April 3, 2012

Ayam Rasa Ikan

Assalamualaikum,

Salam sayang utk semua yg sudi singgah ke blog teratak yg tak seberapa ini. Tak glemer, tak meletupss mcm blog2 lain yg ribu riban followers. Alhamdulillah, bersyukur dgn kenalan yg setia sudi singgah di sini. Semoga sembang maya dan silaturrahim terjalin dgn seikhlasnya.

Saje nak share entri makan malam yg simple. Buka-tutup esbok no ikan, no ayam, no daging. Tak selera pulak nak masak telur. Buka tutup kabinet ternampak setin sadin cap ayam. Hmmm.. dah lama tak makan sardin. sebulan sekali? Dua bulan sekali? Kadang2 setahun sekali..hohoho...

So, simple menu tonight. Sardin masak kari. Ayam yang berasa ikan... Resipi:

Tumis bawang merah, b/putih, halia yg telah ditumbuk halus dgn sedikit minyak masak. Tumis garing.
Masukkan bancuhan rempah kari ikan dan biarkan masak seketika. Utk sardin tin kecil mama guna separuh jer kari paket kecil tu.
Masukkan potongan kentang biar separuh empuk. Bleh campurkan sedikit air.
Msukkan sedikit garam, gula dan 1 asam keping. Lastly masukkan sardin tin kecil.
Kacau biar sebati. Rasa garam gula ikut selera masing2. Kuah biar pekat dan tidak cair.
Bagi yg gemar hirisan cili merah potong or potongan tomato segar memang menambah selera. sedap.

Seswai utk anak2 dara remaja yg malas nak menggulai itu ini. Campak ajer sardin tin dlm kuali dan campurkan sedikit serbuk kari. No santan ya. Kenangan dulu2 sangat pelik apabila melihat kakak ipar masak lemak cili api dgn ikan sardin tin . Kadang2 dia masak gulai asam pedas dgn sardin tin siap dicampur dgn pucuk ubi. Kreatif sungguh kakak ipar ku. Mula2 rasa janggal dan pelik dgn masakannya. Bila dicuba sendiri. Hmmm... sedappp...

Makan dengan nasi panas2 sebelum mughrib tadi. Berpasangan dgn sayur kacang boncis goreng kicap dan ayam goreng. Sorry, gambar kari sardin tak cun tapi anak berselera makan. Licin peroyok. Ihiiikkkssss.....

10 comments:

ALoNa CintamaniszLite said...

Masak lemak kuning ngan sardin tin penah makan...mmg sedap tp sardin masak kari lom lagi la, kak..hehe

zino said...

dah agak dah hehe

kakcik said...

Sesekali kakcik buat juga sardin masak kari. Sedap. :)

MOKCIK AZWA said...

Makan dengan roti pun sedap ni hehehe..

kalau ada belen, masak nasi goreng sardin pun boleh..yummyyyy

Cik Ecah said...

sardin masak kari pun sedap kak...kalau pedas lg mabelessss
hehe :D

sal said...

Assalamualaikum..febret tu..wlupun simple tapi sedap..saya pun klu setakat makan berdua bertiga beranak nak buat yg simple je janji kenyang..

munna said...

tak pernah pun lagi masak kari sardin... nak cubalah nanti

Myra Jay said...

Pergghhh sardin kalau makan dengan nasi panas mmg terangkat ;)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

Sedap tue

kayna said...

confirm sedappplaaa tuuuu...!! Nampak pun mengiurkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...