Sunday, March 11, 2012

Cintai Surah Ini



Surah Al-Fatiha

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Sedari kecil dia solat spt ayam mematuk makanan di laman pasir belakang rumah. Kok...kok...kiok...kiok.. Amin. Dia menutup aurat , memakai mini telekung di sekolah menengah. Sesekali di waktu sukan dia pun berlari mengambil bahagian acara 100 m, lari berganti2, walkathon dsb. Maka terbang melayang2, mengurai2 rambutnya yg panjang di sepanjang larian itu. Panassss katanya.
Surah di atas di ulangi lagi setiap kali solat 5 waktu. Kok...kiok..kiok...kiok.. Amin.
Dewasa dia menyambung pelajaran di UITM
Surah itu diulangi lagi 5x setiap waktu. Kok..kiok..kiok..kiokkkk....
Zaman remaja, ada teman2 yg mengajaknya ke disko, wayang, dating sana sini..... namun ditolak
Surah itu diulangi lagi 5x setiap hari.
Walau tidak memahami atau sengaja tidak mahu mendalami maksud surah itu. Almaklumlah sekolah Convent, sekolah Inggeris bercampur aduk yg bangsa Melayunya cuma 5-6 kerat dalam satu bilik darjah.
Suatu ketika , 20 tahun yg lalu, ada secebis alunan azan mughrib berkumandang, bingit menusuk corong telinganya. Itulah kali pertama dia masuk ke sebuah mesjid. Tiba-tiba seluruh anggota tubuhnya menggeletar, asyik dengan suara muazin itu. Seram sejuk seluruh tubuhnya.
"Ajam, naper solat cepat sangat. Tak sampai dua minit dah siap?"
"Ajam solat macam biasa Ma."
"Baca Al Fatihah macam mana? Cuba baca Ma nak dengar"
"Bismillahirrahmanirrahiiim....kiok...kiiook...kiookk...kkiiooookkk Amin"
"Masya allah, Astagfirullh.. macam ayam patuk pasir. Cuba betulkan bacaan itu. Biar sebutir2 sebutannya, tajwidnya. Fahami maksudnya. Baru boleh kusyuk solat dan barulah solat itu mencegah dari perkara mungkar."
Terpinga2 wajah Azam. Surah bacaannya macam sebutan bahasa German yg tidak lansung difahami.

Allah swt Maha Penyayang. Dia sangat2 sayang kpd hambanya. Di beri sepasang mata, hidung, telinga, hati, jantung dll secara percuma. Tanpa sebarang kos. Kalau operasi jantung biasanya yg simple2 sudah menjangkau RM30,000 malah lebih. Allah swwt memberi kita air , udara utk bernafas secara percuma. Kalau sakit terpaksa ambil oksigen di hospital sekali sedut mahu RM50 keatas utk neubilizer.
Allah swt yg mentadbir sekelian alam, lautan dalam serta isi kandungannya, segala isi langit, bulan, bintang, matahari, cakerawala,dsb. Segalanya bergerak taat tunduk patuh pd gerakan di paksi masing2. Allah swt yg memiliki alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat.. hari pembalasan. Bagaimana kebangkitan kita nanti?
Engkaulah shj yg kami sembah dan Engkaulah shj tempat kami memohon pertolongan. Di kejar anjing ku laung namamu Ya Allah, nasi didapur hangit..ku sebut namaMu Ya Allah, tergelincir terseliuh urat kaki ku sebut namaMu Ya Allah. Ku seru namaMu siang dan malam. Tunjukkilah daku jalan yg lurus.
Antara nikmat neon malam atau tahajjud. Antara cinta bukan muhrim atau cinta kpd orang2 solleh, orang2 berilmu. Cinta para Nabi dan cinta RasulMu.
Bukan pula jalan org2 yg sesat, yg keliru, yang tidak faham dan tidak mengerti. Bukan jalan pengaruh Yahudi laknatullah. Bukan jalan org2 yg mabuk duniawi . Bukan jalan org2 yg tidak menyedari kesilapan mereka selama ini. Tunjukkilah kami jalan org2 yg benar.
Jalan org2 yang akan melalui Siraotolmustaqiiimm. Masa berlalu. Azam sudah berusia 10 tahun.
"Azam. Cuba baca lagi Surah Al Fatihah. kioookkkk...kiokk.kiioookk.....kiokk. Amin. "
Alhamdulillah, ada peningkatan. Hari ini lebih baik dari hari semalam.

21 comments:

azlina said...

assalamualaikum...

apa khabar lama tak singgah sini...sekarang ada lagu yg berdasarkan dari surah al-fatihah yg sesuai utk kanak2 dan di nyanyikan oleh kanak2 juga (ummi)..permulaan yg baik utk ajar anak2 memahami maksud di sebalik surah alfatihah yg di baca setiao hari

Acik Erna said...

mamawana..alhamdulillah..perlahan2 dan dengan berat doa ibu akan berubah

wahida said...

lamanya tak singgah sini..

sis sihat?

munna said...

munna mengajar meya baca Al-Fatihah sekarang ni...alhamdulillah walaupun masih tak betul tapi dia dah boleh menghafalnya...

Kamsiah said...

salam
saya sendiri tergelak mendengar bacaan anak berusia 6 th...bunyi mcm mualaf hehe...

Nurul Atika said...

erk, kenapa kiook kiokk plak. budak2 kan, lama-lama fasih la tu. insyaAllah :)

Mat Som said...
This comment has been removed by the author.
Mat Som said...

Mamawana
Berbincang tentang solat ni, saya baru beli tape dvd
Sebuah filem Indonesia yg bertajuk
Hafalan Shalat Delisa

Sinopsisnya begini, seorang wanita yg sering mengimami shalat 4 orang anaknya yg semuanya perempuan. Suaminya kerja jauh dgn kapal laut.

Anaknya Delisa yg paling cerdik,
satu hari ada ujian shalat oleh ustaznya di madrasah. Dia begitu khusuk sehingga Tsunami melanda seluruh kampungnya(Acheh), dia tidak menyadarinya.

Dia ternyata masih hidup, ibu dan 3 adiknya lenyap...yg masih tinggal hanya ayahnya, tapi di mana?

Elok dapatkan VCD nya di kedai2 yg menjualnya, sungguh menginsafkan kanak-kanak...
Dalam Tsunami itu

sonata anak kancil said...

lama-lama bolehlah dapat baca dengan baik...jangan tak tahu langsung

eelobor said...

salam akak.... kalau tak silap saya, terjemahan awal dah tak sama dengan ayat yang sebenar iaitu bermula pada nombor 2... kalau saya salah, tolong betulkan

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Peningkatan tu yang penting...sedia utk memantapkan diri.:) slm ukhuwah.

mamawana said...

azlina, tq sudi singgah sini. ns'allah mama balas singgah nanti.

mamawana said...

Achik Erna,

Kadang2 kit pun terlalai sambil membaca fikiran melencong ke tempat lain hngga tersasul sebutan. huhuhu

mamawana said...

Wahida,

Ahamdulilah, ins'allah sihat masih mengejar pelangi kota dan mimpi hingga ke bintang. hihihi..

mamawana said...

Munna, bagus tu andai ibu sendiri mengajar anak2 di rumah. Alhamdulillah.

mamawana said...

Kamsiah,

Sebutan anak2 memang chome sekali kan... teringat semasa anak2 kecil dulu. Sempat mamawana mngajar mrk dari Iqra dan dibantu Ustazah di sekolah rendah agama. Alhamdulillah anak2 khatam sebelum darjah 6.

mamawana said...

Nurul Atika.. kiiookk kiok tu melambang kelajuan/speed mrk membaca mcm ayam patuk padi bukan depa baca alfatihah bunyi kiok kiok kiok...huhuhu

Kalu mama tulis mbeeekkk...mbeeekkk slow mcm kambing tak jadi plak lambat sangat membaca terlebih harakat nya.. gurau2 iyer...

mamawana said...

Assalam mat Som,

Hari tu mama ada singgah kat blog Mat Som kan. Yep, bagus banget cerita HSD ini. Mama dah nonton di Astro First tempoh hari. Kagum dgn kegigihan seorg ibu mendidik anak2 nya. Semoga ibu2 masakini mampu mendidik anak2 spt itu spt mengingatkan anak2 ttg solat, solat berjemaah dsb.

Sedihkan nengok anak2 sekolah rendah yg terbiar di sana sini, remaja berpeleseran sana sini. Bgmn mrk dididik?

mamawana said...

Assalam Sonata anak kanchil,

Ins'allah berka usaha dan istiqamah ins'allah mrk dpt melaksanakan solat yg mencegah dari kemungkaran. Ins'allah.

mamawana said...

Assalam eelobor,

Tq. Mama perasan tu tersilap copy paste. Tq again.

mamawana said...

Assalam YM

Tq sudi siinggah sini. Nani mama balas singgah ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...